PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Jepun dari 22 hingga 24 Mei ini bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beliau akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.
Dalam lawatan kerja itu, Anwar juga dijadual menyampaikan ucaptama dalam persidangan tersebut dengan tema 'Asian Leadership in an Uncertain World'.
Perdana Menteri turut dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau, Fumio Kishida.
Pertemuan itu akan memberi peluang kedua-dua pihak menilai dan membincangkan inisiatif memperkukuh hubungan Malaysia-Jepun serta kerjasama dalam pelbagai bidang.
Antara perkara dijangka dibincangkan adalah teknologi tinggi, peralihan tenaga dan alam sekitar, pertahanan dan keselamatan serta kerjasama dalam pendidikan tinggi.
Kedua-dua Perdana Menteri juga akan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Selain itu, dalam lawatan selama tiga hari itu, Anwar juga dijadual memberikan ucapan di Universiti Keio.
“Mengiktiraf peranan Jepun sebagai salah satu sumber utama pelaburan langsung asing dan potensi pertumbuhan dalam bidang ekonomi, Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi libat urus dengan beberapa peneraju industri Jepun,” menurut kenyataan tersebut.
Sehingga tahun 2023, sebanyak 2,810 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia, dengan nilai pelaburan berjumlah RM102.11 bilion (AS$29.67 bilion), menyediakan 344,120 peluang pekerjaan.
Jepun juga merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia untuk sembilan tahun berturut-turut. Pada tahun 2023, jumlah dagangan antara Malaysia dan Jepun bernilai RM156.64 bilion (AS$34.39 bilion).
Persidangan Nikkei merupakan perhimpunan tahunan yang menyaksikan pemimpin-pemimpin politik, ekonomi dan akademik dari rantau Asia Pasifik menyuarakan pendapat secara bebas dan terbuka mengenai isu-isu serantau dan membincangkan peranan Asia di pentas dunia.
Ridauddin Daud
Tue May 21 2024
Anwar juga dijadual menyampaikan ucaptama dalam persidangan tersebut dengan tema 'Asian Leadership in an Uncertain World'. - Bernama
Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World
Mata wang haiwan yang dikumpul sejak tahun 2005 itu terdiri daripada pelbagai bentuk.
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian
Perdana Menteri mahu DBKL memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat yang dilihat sangat daif.
Meskipun ekonomi makin baik, PM tegaskan beliau masih belum berpuas hati
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih belum berpuas hati dengan perkembangan terkini negara.
Kerajaan umum RM6 juta peruntukan tambahan untuk bangunkan koperasi
Dana itu akan disalurkan melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang akan melibatkan pelbagai inisiatif.
Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis
Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis
Malaysia sudah bersedia hantar pasukan tentera pengaman ke Palestin
Malaysia sudah bersedia untuk menghantar pasukan tentera pengaman ke Gaza sekiranya diperlukan pada bila-bila masa, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM
Deklarasi Beijing merupakan langkah yang amat penting terutamanya dalam mencapai hak dan kebebasan buat rakyat Palestin.
Rusuhan Bangladesh: Semua pelajar Malaysia akan dibawa pulang - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu adalah susualan pemantauan Kementerian Luar terhadap perkembangan rusuhan di Bangladesh yang bertambah getir sejak kebelakangan ini.
Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan.
LHDN digesa tingkat kecekapan, bantu kerajaan tambah hasil negara
Anwar berkata, LHDN berperanan besar dalam memastikan kelangsungan kewangan Malaysia di masa hadapan.
Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar
Kerajaan ingin terus memberi fokus mengenai penjelasan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat terlebih dahulu.