awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM100 juta diperuntuk tahun ini bagi perluas rawatan dialisis peritoneal - Dzulkefly
BM, Sejarah wajib untuk pelbagai aliran bukan keputusan muktamad kemasukan ke IPTA - Zambry
'Coach Cerai': Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai - Marhamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat juang Jojo wajib dicontohi anak muda - PM Anwar

Bernama
Bernama
08/10/2025
22:10 MYT
Semangat juang Jojo wajib dicontohi anak muda - PM Anwar
Anwar berkata kejayaan Jojo mengharumkan nama negara, malah mencerminkan nilai sebenar seorang anak muda Malaysia yang berdisiplin, tidak mudah mengalah dalam mengejar impian. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan atlet muda Muay Thai negara Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sebagai lambang keazaman dan mempunyai semangat juang tinggi yang wajar dicontohi anak muda Malaysia.
Anwar menerusi satu hantaran di Facebook berkata kejayaan atlet yang lebih dikenali sebagai Jojo itu, mengharumkan nama negara, malah mencerminkan nilai sebenar seorang anak muda Malaysia yang berdisiplin, tidak mudah mengalah dalam mengejar impian.
"Lebih membanggakan, saudara Jojo turut aktif menyuarakan pandangan dan menyertai kempen kesedaran bagi membanteras budaya buli, serta menyuntik inspirasi kepada anak muda untuk membina keyakinan diri, keteguhan jati diri dan semangat positif dalam kehidupan seharian," kata beliau.
Perdana Menteri turut menyatakan keyakinan bahawa dengan semangat serta sokongan berterusan, diharapkan lebih banyak atlet muda akan lahir untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Selain itu, Anwar turut mengungkap kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, iaitu "usah bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi tanyalah apa sumbanganmu kepada negara", yang menyemai budaya kecintaan kepada negara serta semangat kolektif membangun negara dan masyarakat.
"Tahniah Jojo atas kejayaan dan komitmen terhadap negara serta masyarakat. Justeru, teruskan usaha gigih saudara yang menyinar serta meniup inspirasi kepada generasi muda yang cinta serta mahu menyumbang kepada negara," katanya yang turut memuat naik beberapa keping gambar ketika menerima kunjungan delegasi Jojo pada Rabu.
Pada awal September lepas, Jojo mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih kemenangan technical knockout bergaya terhadap lawan dari Maghribi, Zakaria El Jamari dalam masa hanya dua minit 10 saat untuk kategori flyweight pada kejohanan ONE Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Thailand.
Kemenangan sulung Jojo tahun ini menutup episod dua kekalahan berturut-turut yang dialaminya sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhammad Johan Ghazali Zulfikar
#Jojo
#Muay Thai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan