awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan pandang serius lirik lagu tidak senonoh, bercanggah nilai akhlak dan adab
Zakat MAINPP hampir capai sasaran kutipan zakat RM200 juta pada 2025
Ops Ambang Tahun Baharu: Polis keluarkan 12,437 saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat perpaduan perangi COVID-19 masih kurang - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
19/06/2021
05:52 MYT
Semangat perpaduan perangi COVID-19 masih kurang - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham mengakui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh semua pihak masih menjadi isu pada masa kini walaupun pandemik itu telah melanda negara lebih setahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19 dilihat masih kurang, yang menyumbang kepada peningkatan kes positif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau mengakui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh semua pihak masih menjadi isu pada masa kini walaupun pandemik itu telah melanda negara lebih setahun.
"Saya fikir ia masih kurang kerana terdapat perselisihan dari segi perpaduan, kita berlawan sesama sendiri dari segi pendapat, pendekatan dan sebagainya, dan bukannya melawan menentang virus ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucap tamanya pada Webinar Antarabangsa Malaysia Pertama mengenai Bantuan Awal Psikologi oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.
Dr Noor Hisham turut memberi jaminan bahawa semasa krisis ini, setiap keputusan dibuat dengan pertimbangan mendalam.
"Apabila anda mempunyai kehidupan dan mata pencarian, keseimbangan antara kesihatan dengan ekonomi, bagaimana anda mewujudkan keseimbangan yang betul, ini sangat sukar dan mencabar...untuk mendapat kesan yang minimum pada ekonomi dan hasil maksimum pada kesihatan.
"Inilah sebabnya mengapa kadang-kadang ia tidak mudah, kerana anda perlu mengambil pertimbangan banyak perkara sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kes positif
#Dr Noor Hisham Abdullah
#SOP
#Malaysia
#rakyat Malaysia
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan