KUALA LUMPUR: Seramai sembilan graduan terawal Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dahulunya dikenali sebagai Dewan Latehan RIDA dari tahun 1956 hingga 1965 hadir pada Istiadat Konvokesyen universiti itu, pada Sabtu.
Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin, mereka merupakan kumpulan graduan terawal sewaktu institusi Latihan itu mula beroperasi pada 14 oktober 1957 dan majlis konvokesyennya yang pertama pada tahun 1964.
“Mereka yang kini berusia 77 hingga 83 tahun, merupakan graduan terawal yang lahir dari Dewan Latehan RIDA, Kampus Jalan Othman.
“Kehadiran Alumni terulung ini menjadikan Istiadat Konvokesyen pada kali ini, amatlah istimewa dan sangat bermakna untuk kami.
“Ini menandakan bukti sokongan mereka kepada UiTM dalam mengukuhkan semangat dan jati diri warga Universiti terhadap misinya menjuarai Bumiputera professional,” ujarnya ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), pada Sabtu.
Beliau juga berharap kehadiran mereka dapat memberi inspirasi kepada graduan UiTM generasi baharu dalam memperkasa kualiti standing dengan graduan yang lahir dari RIDA dan Institut Teknologi MARA (ITM).
Istiadat konvokesyen UiTM berlangsung sehingga 14 Disember ini melibatkan seramai 24,714 graduan menerima ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.
Pada sidang pertama istiadat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan Pro-Canselor UiTM menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang termasuk Sarjana Kepakaran Perubatan kepada 125 graduan.
Sebanyak 23 sidang akan berlangsung di kampus induk, UiTM Shah Alam dengan dengan penganugerahan kepada 22,907 graduan.
Istiadat akan melabuhkan tirai di UiTM Cawangan Sarawak yang akan berlangsung pada 13 hingga 14 Disember depan dengan jumlah graduan seramai 1,260 orang.
Fahmi Izuddin
Sun Nov 19 2023
Sembilan graduan terawal Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dahulunya dikenali sebagai Dewan Latehan RIDA dari tahun 1956 hingga 1965 hadir pada Istiadat Konvokesyen universiti itu, pada Sabtu.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
Sembilan graduan RIDA hadir Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98
"Kehadiran Alumni terulung ini menjadikan Istiadat Konvokesyen pada kali ini, amatlah istimewa dan sangat bermakna untuk kami."