MALAYSIA
Sembilan penunggang motosikal ditahan kes kepung, serang pemandu Myvi

Video tular 20 penunggang motosikal yang bertindak ganas mengepung, menumbuk dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi.
SERDANG: Seramai sembilan lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes 20 penunggang motosikal yang bertindak ganas mengepung, menumbuk dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi berhampiran Plaza Tol Batu 13 di sini pada Ahad.
Ringkasan AI
- Seramai sembilan lelaki berusia 17 hingga 21 tahun ditahan di Puchong dan Shah Alam bagi membantu siasatan kes serangan terhadap sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang pengawal keselamatan.
- Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dikepung dan diserang oleh sekumpulan penunggang motosikal yang bertindak menumbuk cermin serta menendang pintu kereta, menyebabkan mangsa memperlahankan kenderaan kerana bimbang keselamatan.
- Polis merampas tiga motosikal dan akan memohon perintah reman terhadap suspek, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Pada Isnin, media melaporkan polis memburu 20 penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam insiden itu.
Dalam insiden cemas itu, pemandu kereta terbabit, seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun, terpaksa melalui detik ketakutan apabila dikepung kumpulan samseng jalanan berkenaan.
Muhamad Farid dilaporkan berkata, mangsa tampil membuat laporan polis sejurus selepas kejadian kira-kira jam 4 pagi itu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Menerusi rakaman berdurasi 29 saat itu, kereta dipandu pengadu dikelilingi sekumpulan penunggang motosikal.
Dalam rakaman itu, motosikal dilihat bergerak rapat di kedua-dua sisi dan hadapan kereta seolah-olah cuba mengepung serta menghalang laluan kenderaan berkenaan.
Seorang daripada penunggang motosikal turut dilihat menumbuk cermin bahagian pemandu sebelum menendang pintu di bahagian sama, menyebabkan pemandu memperlahankan kereta bagi mengelak insiden lebih buruk. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami