awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua gimnasium di Kuching diarah tutup serta merta

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2020
10:55 MYT
Semua gimnasium di Kuching diarah tutup serta merta
Selain gimnasium, semua restoran dan bistro di sana juga hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam berkuatkuasa 29 Oktober 2020 (Khamis)- Gambar hiasan
KUCHING:Semua gimnasium awam dan persendirian di daerah Kuching diarahkan ditutup serta merta.
Keputusan dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak susulan peningkatan kes positif COVID-19 di daerah itu.
Menurut Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, selain gimnasium, semua restoran dan bistro di sana juga hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam berkuatkuasa 29 Oktober 2020 (Khamis).
“Seterusnya bagi perhimpunan orang ramai untuk majlis sosial dan rasmi di Kuching, hanya 200 orang jumlah maksimum dibenarkan.
“JPBN Sarawak menegaskan kepada pihak penganjur supaya memastikan cecair pembasmi kuman disediakan, mengamalkan penjarakan fizikal dan semua yang hadir diwajibkan memakai pelitup muka,” tambahnya.
Selain itu, Uggah turut menjelaskan bahawa penutupan pusat hiburan di Sarawak yang diumumkan pada 27 Oktober 2020 meliputi pub, bar, disko, dewan tari, kabaret dan pusat karaoke.
BACA: COVID-19: Satu kluster baharu, 27 kes positif dilaporkan di Sarawak
Pada Rabu, JPBN Sarawak mengumumkan pertambahan 20 kes positif COVID-19 baharu di Kuching menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di daerah berkenaan yang masih menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) kepada 81 kes.
Kuching setakat ini juga merekodkan empat kluster aktif COVID-19 melibatkan Kluster Bah Arnab, Kluster Baki, Kluster Seladah dan Kluster Greenhill yang baru diumumkan sebentar tadi.
Topic Berkaitan
#gimnasium di Kuching
#tutup serta-merta
#kes positif di Kuching
#COVID-19
#JPBN Sarawak
#Douglas Uggah Embas
#Kluster baharu di Kuching
#Kluster aktif di Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan