KUALA LUMPUR: Semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Caj Pencemaran Plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik melalui Kempen Tanpa Beg Plastik seperti yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata kementeriannya telah mendapat mandat daripada mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-76 untuk mengenakan caj pencemaran itu.
Beliau berkata persetujuan untuk meneruskan pelaksanaan kempen tersebut dicapai dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE), dipengerusikannya hari ini.
"Beberapa negeri lain sedang dalam perancangan untuk mula melaksanakan kempen ini berserta dengan kutipan caj tersebut, bermula dengan fasa awal iaitu kesedaran pengguna.
"Inisiatif yang telah dilaksanakan sejak 2021 ini merupakan satu usaha yang berkesan dalam mengurangkan pencemaran plastik di Malaysia. Saya berharap inisiatif ini akan terus disokong oleh semua pihak demi kelestarian alam sekitar yang menjadi tanggungjawab kita bersama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memperkasakan program Rakan Alam Sekitar (RAS) dengan mewujudkan lima kluster utama di bawah RAS 2.0 bagi menggerakkan aktiviti melestarikan alam sekitar di seluruh negara secara lebih fokus.
Menurutnya, kewujudan Kluster RAS Agensi, Kluster RAS Kampus, Kluster RAS Sekolah, Kluster RAS Industri dan Kluster RAS Komuniti adalah bertujuan membentuk dan mengkategorikan ahli-ahli RAS dan akan melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Pengakap serta Rukun Tetangga.
Tuan Ibrahim berkata mesyuarat berkenaan juga bersetuju untuk mengeratkan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan dapat diseimbangkan dengan keperluan pelestarian alam sekitar.
Mesyuarat berkenaan turut memaklumkan bahawa program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara peringkat kebangsaan akan diadakan pada 21 Oktober tahun ini di Pahang.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata mesyuarat MEXCOE itu bakal diperkasakan dengan penyusunan semula keahlian mesyuarat itu serta penambahan ahli terutamanya dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan berkata kementeriannya telah mendapat mandat daripada mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-76 untuk mengenakan caj pencemaran itu. - Gambar fail/BERNAMA

Banjir Di Baling | Jumlah mangsa di PPS menurun
Jumlah mangsa banjir akibat kepala air membabitkan 12 kampung yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara, P-P-S di Baling menurun kepada 495 orang daripada 109 keluarga. Jumlah itu dilaporkan setakat jam 11 pagi ini berbanding jumlah mangsa semalam iaitu 1,455 mangsa.

Banjir Di Baling | Tiga sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Tiga sekeluarga yang ditemui maut susulan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku di Kampung Iboi, Kupang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban awal pagi tadi. Jenazah, Salmah Mat Akib, 54 tahun, menantunya,Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun, yang hamil empat bulan dan anaknya, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun selesai dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Rangka dinosaur Gorgosaurus akan dilelong buat kali pertama
Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong buat kali pertama dan dijangka memperoleh antara AS$5 juta dan AS$8 juta.

Ujian Peristiwa | Belum reda banjir, penaiga diuji insiden kebakaran
Belum reda banjir, seorang peniaga diuji sekali lagi apabila rumah kedai miliknya musnah terbakar di Kampung Masjid Iboi, Kupang Baling, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan penyelamat, jabatan bomba dan penyelamat malaysia (JBPM) kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima laporan pada jam 9.35 malam sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dikejarkan ke lokasi.

Jenayah | Lelaki tikam ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu kandungnya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman sehingga 12 julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sini.

Penjagaan Maritim | 3 bot nelayan Vietnam lucut hak, dijadikan tukun
Sebanyak tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak, ditenggelamkan dan disemadikan sebagai tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Kapas, Marang, Terengganu. Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemuanya ditahan menerusi Op Naga barat dan Op Kuda Laut melibatkan penahanan 22 kru termasuk tekong warga Vietnam.

Suspek tikam ibu kandung, positif syabu
Proses bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan di Hospital Melaka masih berjalan dan dijangka selesai petang ini.

Yasin lega terlepas hukuman gantung
Bagaimanapun dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.

Lawatan Ke Turkiye | Malaysia pertimbang dapatkan sumber gandum
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Semua negeri setuju laksana kempen tanpa beg plastik - Tuan Ibrahim
Semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Caj Pencemaran Plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik.