awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pihak perlu beradab apabila buat hantaran berkait 3R di media sosial

Bernama
Bernama
28/03/2025
12:00 MYT
Semua pihak perlu beradab apabila buat hantaran berkait 3R di media sosial
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengingatkan semua pihak supaya lebih beradab apabila membuat hantaran di media sosial berkaitan isu kaum, agama dan raja (3R). - Gambar fail/BERNAMA
PAPAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengingatkan semua pihak supaya lebih beradab apabila membuat hantaran di media sosial berkaitan isu kaum, agama dan raja (3R).
Beliau berkata ia penting bagi memastikan keharmonian masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini terus terpelihara.
"Rakyat perlu menyemak sesuatu fakta yang betul dan bukannya berdasarkan emosi, khususnya yang melibatkan isu 3R. Kita kena berhati-hati kerana isu (3R) boleh diapi-apikan sehingga boleh memecahbelahkan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ihya Ramadan Parlimen Papar di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.
Mohd Na'im juga berkata sebarang perkara yang boleh menimbulkan perseteruan perlu dielakkan demi mengekalkan kesatuan dan perpaduan di negara ini.
Pada majlis itu, Mohd Na'im turut menyampaikan sumbangan RM146,000 daripada agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada 16 masjid, 74 surau, siak dan bantuan makanan kepada golongan asnaf bagi Parlimen Papar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hantaran di media sosial
#isu 3R
#Mohd Na'im Mokhtar
#kaum agama dan raja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan