awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua urusan imigresen perlu dibuat melalui saluran rasmi - KP

Bernama
Bernama
09/08/2025
13:45 MYT
Semua urusan imigresen perlu dibuat melalui saluran rasmi - KP
Zakaria turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau menjadi mangsa penipuan agar membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Semua urusan Imigresen hanya boleh dilakukan melalui saluran rasmi sama ada di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atau secara dalam talian di portal rasmi, dan tiada pegawai atau pihak ketiga dibenar menguruskan permohonan di luar prosedur.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata perkara itu susulan penularan video di media sosial sejak Jumaat lepas yang memaparkan sepasang suami isteri mendakwa membayar RM5,000 kepada seorang individu bergelar 'Datuk' bagi menguruskan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi membebaskan adik mereka yang ditahan di Depot Imigresen.
Beliau berkata hasil semakan lanjut bersama pemilik akaun itu mendapati pas digital seperti yang didakwa adalah disyaki palsu kerana kod QR telah diubah suai manakala semakan silang menerusi sistem MyIMMs menggunakan nombor pasport menunjukkan tiada sebarang rekod PLKS.
"JIM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular itu dan memandang serius cubaan memperdayakan orang awam," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau menjadi mangsa penipuan agar membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Beliau berkata siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca penyalahgunaan maklumat dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.
"JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang cuba mencemarkan nama baik Jabatan atau memperdaya orang awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#urusan Imigresen
#saluran rasmi
#Jabatan Imigresen Malaysia
#kaunter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan