awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua urusniaga di kaunter JPN ditangguhkan dalam tempoh sekatan perjalanan penuh

Bernama
Bernama
31/05/2021
12:45 MYT
Semua urusniaga di kaunter JPN ditangguhkan dalam tempoh sekatan perjalanan penuh
JPN dalam kenyataan hari ini menyatakan, bagi pelanggan yang telah mempunyai janji temu dalam tempoh sekatan itu, mereka boleh menghubungi pihak JPN bagi penjadualan semula tarikh berkenaan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Semua urusan kaunter di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) ditangguhkan sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula esok.
JPN dalam kenyataan hari ini menyatakan, bagi pelanggan yang telah mempunyai janji temu dalam tempoh sekatan itu, mereka boleh menghubungi pihak JPN bagi penjadualan semula tarikh berkenaan.
"Orang ramai turut dinasihatkan menggunakan perkhidmatan dalam talian JPN, untuk memohon dokumen-dokumen yang diperlukan," menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan JPN itu menyatakan, pengecualian diberikan bagi urusan kes kecemasan seperti gantian MyKad rosak atau hilang bagi kes kecemasan, seperti urusan bank dan rawatan perubatan, dan sijil kematian untuk prosedur penghantaran pulang jenazah warga asing, yang meninggal dunia di Malaysia ke negara asal.
Kes kecemasan turut dibenarkan ialah sijil kelahiran (pendaftaran baru atau cabutan) bagi tujuan rawatan perubatan dan sijil kelahiran (pendaftaran baru atau cabutan) anak kepada warga asing yang lahir di Malaysia, bagi tujuan prosedur membawa pulang kanak-kanak tersebut ke negara asal.
Bagi upacara perkahwinan di pejabat JPN dan rumah ibadat kenyataan itu menyatakan, urusan tersebut turut ditangguhkan sehingga tamat tempoh sekatan kecuali kes kecemasan yang memerlukan upacara dibuat segera, seperti tarikh upacara yang akan tamat tempoh enam bulan daripada tarikh permohonan.
Sebarang pertanyaan, permohonan mendesak atau kes-kes kecemasan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan JPN atau e-mel pertanyaan ke [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPN
#kaunter JPN
#Jabatan Pendaftaran Negara
#UTC
#sekatan pergerakan penuh
#PUSAT TRANSFORMASI BANDAR
#COVID-19
#mykad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan