Senarai telefon pintar yang ditawarkan kepada belia menerusi Pakej Komunikasi Belia akan dikeluarkan minggu depan.
Tujuh syarikat telekomunikasi terlibat sebelum itu perlu memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM sebelum membuat tawaran.
Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata setelah membuat pemantauan harga dan jenama tujuh syarikat itu boleh mengeluarkan senarai telefon di laman web masing-masing.
Sebelum ini jemaah menteri bersetuju belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli sebarang telefon pintar dengan rebat RM200.
Dalam pada itu Sheikh Raffie menasihati golongan belia supaya bersabar ketika membuat permohonan secara atas talian di laman sesawang skmm.gov.my.
Bagaimanapun SKMM akan terus memperbaiki dan memantau sistem permohonan atas talian itu dari masa ke semasa demi kepuasan semua pihak.
Sehingga 8 pagi Sabtu seramai 22,000 pemohon diluluskan menerima rebat RM200.
Astro Awani
Sat Jan 05 2013
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Rebat RM200. Bagaimana cara untuk memohon?
Permohonan rebat RM200 telefon pintar ini telah pun dibuka bermula pada 1 Januari yang lalu. Namun, masih lagi ramai belia di luar sana yang tidak tahu bagaimanakah permohonan rebat ini boleh dibuat.
Senarai telefon pintar dikeluarkan minggu depan
Senarai telefon pintar yang ditawarkan kepada belia menerusi Pakej Komunikasi Belia akan dikeluarkan minggu depan.