Seniwati Neng Yatimah, 92 telah menghembuskan nafas terakhir di Singapura jam 10 pagi tadi.
Dikenali sebagai bintang air mata dengan watak-watak sedih yang sering didokong oleh Neng terutamanya dalam produksi Jalan Ampas, Singapura itu merupakan ibu kepada pelakon Roseyatimah dan ibu mentua kepada pelakon dan produser filem, Datuk Mustapha Maarof.
Masalah jantung dan kanser kolon yang dihidapi Neng semakin kritikal pada penghujung tahun 2014.
Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad dijaga cucu saudaranya, Isa Sawi di Singapura.
Setelah disahkan menghidap kanser, Neng Yatimah telah beberapa kali menerima rawatan di hospital di Republik itu, namun selepas itu beliau enggan meneruskan rawatan susulan.
Neng Yatimah dilaporkan enggan menetap di Malaysia atas alasan ingin menghabiskan sisa hidupnya di Singapura.
Dilahirkan di Singapura pada 1924, Neng Yatimah dikenali melalui filem pertamanya berjudul, 'Takdir Ilahi'.
Sinarnya sebagai bintang filem lebih menyinar selepas membintangi beberapa buah filem termasuk 'Batu Belah Batu Bertangkup', 'Siapa Salah', 'Laila Majnun' dan 'Seri Mersing'.
Filem terakhir lakonan Neng berjudul 'Mama Oh Mama' dan diarahkan oleh Datuk A.Mahmood pada tahun 1981.
Neng Yatimah dinobatkan Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-13 pada tahun 1997.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Mar 19 2016

Bintang air mata pada zaman kegemilangan filem era 1940-an itu merupakan ibu mentua kepada Seniman Allahyarham Datuk Mustapha Maarof. - Foto Fail

Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden pada Ahad.

RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang di Parlimen selewatnya Mac 2024 - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.

Pengembara terpaksa beratur lebih sejam di terminal feri Labuan
Keadaan sesak itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu depan.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

PBAKL 2023 dapat sambutan meriah golongan muda
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang bermula Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapat sambutan meriah terutama daripada golongan muda.

Menteri Agama cadang tubuh pusat mediasi selesai isu Islam, bukan Islam
Menteri Agama mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan antara orang Islam dan bukan Islam.

Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Tiada keperluan tubuh jawatankuasa khas selamatkan Tanah Rizab Melayu di Kedah - Sanusi
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelamatkan Tanah Rizab Melayu di negeri itu.

HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Seniwati Neng Yatimah meninggal dunia di Singapura
Tahap kesihatan Allahyarhamah Neng Yatimah yang menderita masalah jantung dan kanser kolon semakin kritikal sejak kematian Mustapha akhir tahun 2014.