KUALA LUMPUR: Lima penghantar makanan dan seorang pelanggan yang kelihatan dipukul oleh sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way semalam dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kesemua mereka direman selama dua hari.
"Enam orang suspek dalam proses reman di mahkamah. Mereka direman pagi ini, kita dapat (perintah) reman dua hari sehingga esok," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Video kejadian pada Jumaat itu turut tular di media sosial.
Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas salah seorang penghantar makanan membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan lelaki berusia 29 tahun itu yang menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.
Penghantar makanan terbabit kemudiannya berkongsi mengenainya di aplikasi sebuah kumpulan penghantar makanan.
Ia menimbulkan kemarahan kumpulan penghantar makanan terbabit sebelum bertindak pergi ke rumah lelaki berkenaan dan memukul mangsa sebelum dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.
Laporan polis turut dibuat salah seorang penghantar makanan berusia 19 tahun kira-kira jam 2.30 petang pada hari yang sama.
Susulan itu lima penghantar makanan berusia antara 19 hingga 40 tahun dan pelanggan terbabit ditahan polis.
Siasatan dibuat dibawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan yang melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang- undang.
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menimbulkan apa-apa isu atau provokasi menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Fareez Azman
Sat Jun 12 2021
Video kejadian pada Jumaat itu turut tular di media sosial. - Foto yang tular
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Polis cari pemandu Ford Ranger parkir kereta tepi jalan halang laluan
Pemandu terbabit didapati dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan walaupun seorang pengguna jalan raya membunyikan hon.
Mayat lelaki ditemukan dalam longkang
Polis Daerah Petaling Jaya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian jam 6.34 petang, pada Rabu lalu.
Lelaki ditemui maut dipercayai lima hari dalam kereta
Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza di kawasan parkir Kota Damansara.
Wanita antara dua ditahan selepas lebih 20 kereta peronda polis ekori mereka
Polis menahan dua individu selepas lebih 20 buah kereta peronda polis mengejar mereka kira-kira 50 kilometer, selepas lari dari pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya.
Peruntukan RM4.7 billion bakal beri manfaat dua juta pengguna LRT3
Peruntukan RM4.7 billion untuk menaik taraf projek LRT3 (LRT Laluan Shah Alam) dan juga sistem sokongan bakal memberi manfaat kepada dua juta pengguna pengangkutan awam itu.
Bas bawa lapan penumpang musnah terbakar
Lapan penumpang cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar di Jalan Tandang di sini pada Ahad.
Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew dan Bulatan Pudu ditutup setahun - DBKL
Penutupan dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.
Kanak-kanak 4 tahun maut dilanggar ketika lintas jalan
Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia empat tahun maut selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, pada Ahad.
Segamat masih catat IPU tidak sihat, Petaling Jaya beransur pulih
Daerah Segamat masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.
IPU tidak sihat di Petaling Jaya
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Petaling Jaya, Selangor mencatatkan situasi tidak sihat sekitar petang ini.