BMW sudahpun menampilkan model-model M terbaru mereka: X5 M dan X6 M, meneruskan model daripada unit M pengeluar ternama ini yang pertama kali menampilkan pacuan 4 roda. Teknologi enjin M TwinPower Turbo untuk kedua-dua jentera ini adalah yang paling berkuasa paling dihasilkan BMW untuk pacuan semua roda – unit 4.4-liter V8 yang ditambah lagi dengan sepasang pengecas turbo dua skrol (biturbo) menghasilkan sehingga 575hp diantara 6,000 hingga 6,500rpm, penambahan 4% daripada model yang digantinya.

Tork pula melonjak sebanyak 70Nm – iaitu 10% – untuk memberi jumlah 750Nm yang bermula seawal 2,200rpm sehingga 5,00rpm. 0-100km/sj hanya mengambil masa 4.2 saat dibantu oleh transmisi M Steptronic 8-kelajuan.

Meskipun begitu, BMW mendakwa bahawa penggunaan bahan api telah menurun sebanyak 20%: daripada 13.9L/100km ke 11.1L/100km.

Walaupun kotak gearnya adalah automatik biasa dengan penukar tork, ia direka agar mempunyai ciri-ciri menyamai transmisi klac berkembar yang digunakan model-model M lain. Tindakbalasnya pantas, penukaran gear berlaku dengan cepat dan perubahan yang terus kepada perbezaan beban memberi peluang agar enjin turbo itu menyinar. Kotak gear ini juga mempunyai fungsi ‘Launch Control’ , bagi memberi pemandu pecutan yang paling optimum.

Fungsi pacuan semua roda ini menggunakan klac kawalan elektronik yang mampu untuk menyampaikan kesemua kuasa enjin ke mana-mana gandar yang diperlukan. Ia boleh 100% pergi ke roda-roda belakang ataupun 100% ke hadapan. Namun, untuk kelincahan terbaik, sistem ini lebih cenderung untuk memberi lebih tork ke gandar belakang.

Sistem DSC (Dynamic Stability Control) pun dioptimakan untuk keseronokkan memandu; 3 pilihan diberi untuk menepati keperluan pemandu – DSC aktif, MDM (mod dinamik M); dan DSC tidak diaktifkan.

MDM memberi peluang untuk sedikit ‘drift’ berlaku, berbanding DSC diaktifkan yang berkesan untuk mengelak understeer dan oversteer. Tidak mengaktifkan fungsi DSC menyekat sebarang pertolongan daripada sistem, oleh itu sesuai untuk pemanduan yang paling seronok. Aplikasi brek automatik pada tayar tetap akan berfungsi, tetapi hanya jika berlaku perubahan terlalu besar pada pecutan.

(Klik sini untuk galeri gambar BMW X5 M)

(Klik sini untuk galeri gambar BMW X6 M)


Belum dipastikan lagi bila model-model X M dan X6 M ini akan mula dijual di Malaysia.
ModelX5 MX6 M
Enjin4395cc, V8, direct injection, 2 turbo berkembar
Kotak gear7-kelajuan Steptronic (automatik)
Prestasi575bhp @ 6,000 - 6,500rpm, 750Nm @ 2,200 - 5,000rpm
Potensi0-100km/j @ 4.2 saat, Maksima 250km/j
Berat2,350kg2,340kg