Dua lelaki, seorang daripadanya cedera setelah terperangkap dalam sebuah bengkel kenderaan akibat tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar Brinchang dekat Cameron Highlands di sini hari Ahad.
Idris Munir, 43, cedera di kaki dan kini dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata, manakala rakannya Mohd Norsofwa Abdul Wahab, 42, tidak cedera. Seorang daripada mereka adalah pemilik bengkel itu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Wan Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian pada pukul 6.35 petang, kedua-dua lelaki berkenaan sedang berbual bersama tiga lagi rakan mereka di hadapan bengkel itu.
"Hujan lebat menyebabkan bukit berhampiran bengkel itu runtuh dan menghempap kedai. Tiga lelaki yang berada di hadapan bengkel sempat melarikan diri namun dua daripada mereka terperangkap dalam bengkel," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, kejadian itu juga menyebabkan beberapa kereta di dalam bengkel itu rosak.
Wan Zahari berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dengan bantuan anggota polis mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa.
"Kerja-kerja membersihkan kawasan bengkel itu sedang dijalankan bagi membolehkan kenderaan melalui kawasan itu," katanya.
Bernama
Sun Nov 10 2013
Gambar fail banjir kilat yang melanda Lembah Bertam, Cameron Highlands bulan lepas. -- Gambar: Astro AWANI
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Agong berkenan sempurna majlis pecah tanah tapak surau IPD Cameron Highlands
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah tapak surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands di Brinchang.
Suami isteri ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik air
Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Puncak Tringkap, Brinchang pagi tadi.
Melancong sambil mencuri, enam individu termasuk tiga wanita ditahan
'Melancong sambil mencuri' merupakan taktik enam individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam tujuh kejadian pecah kereta di kawasan pekan Tanah Rata.
Aktivis, ahli pasukan ekspedisi Everest 97, Ramakrishnan meninggal dunia
Penggemar aktiviti pendakian hari ini dikejutkan dengan pemergian aktivitis alam sekitar yang juga ahli pasukan misi menawan Gunung Everest 1997 R.Ramakrishnan.
Segera bina jalan alternatif atasi kesesakan di Cameron Highlands - Tengku Abdullah
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu jalan alternatif menghubungkan Habu dengan Tringkap di sini, dibina secepat mungkin.
Lapan kedai hangus dijilat api di Kea Farm, kerugian dianggar RM500,000
Kejadian yang berlaku di kawasan tumpuan ramai sekitar jam 12 tengah malam itu turut melibatkan kedai-kedai cenderamata dan sayuran serta sebuah restoran.
Lori masuk gaung: Bapa maut, anak 2 tahun terselamat
Kejadian berlaku apabila lori sayur yang dipandu mangsa dari arah pekan Brinchang menuju ke Ulu Tenom hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung.
Seorang cedera, tanah runtuh di Cameron Highlands
Dua lelaki terperangkap dalam sebuah bengkel kenderaan akibat tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar Brinchang di Cameron Highlands hari Ahad.