awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang dikhuatiri lemas selepas kemalangan motosikal di Jalan Bazar Karat

Bernama
Bernama
13/07/2025
04:45 MYT
Seorang dikhuatiri lemas selepas kemalangan motosikal di Jalan Bazar Karat
Seorang mangsa disyaki terjatuh ke dalam saluran air laut, manakala tiga lagi mangsa telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan penyelamat. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang individu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam saluran air laut susulan kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Bazar Karat, berhampiran Pos Malaysia, di sini, malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.49 malam, sebelum jentera pertama tiba di lokasi enam minit kemudian.
"Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal Yamaha dan sebuah lagi motosikal yang belum dikenal pasti nombor pendaftarannya, dipercayai tercampak ke dalam sungai.
"Seorang mangsa disyaki terjatuh ke dalam saluran air laut, manakala tiga lagi mangsa telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan penyelamat," menurut kenyataan itu hari ini.
Operasi pencarian dilaksanakan di sekitar lokasi sejauh kira-kira 30 meter, termasuk selaman sedalam 12 kaki ke dasar sebanyak tiga kali, namun mangsa masih belum ditemukan.
Motosikal jenis Yamaha berjaya dibawa naik ke darat sebelum operasi ditamatkan pada 1.14 pagi hasil kerjasama dengan pihak polis. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi itu membabitkan seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin serta BBP Skudai (unit Pasukan Penyelamat Di Air - PPDA), dengan kekuatan logistik merangkumi satu jentera FRT, satu EMRS, tiga RIM dan sebuah Hilux PPDA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Jalan Bazar Karat
#kemalangan
#saluran air laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami