awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/11/2020
14:09 MYT
Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
Kawasan dipercayai menjadi lokasi seorang lagi aggota PGA ditembak petang tadi.
ALOR SETAR:Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos M-15 sempadan Malaysia-Thailand, di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan di Pos M16 sebelum terkena tembakan secara tiba-tiba.
Sumber memaklumkan, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.
Difahamkan, anggota terbabit kini mendapat rawatan dan siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
BACA: Kes tembak anggota PGA: 6 suspek ditahan, 3 rakyat Malaysia diburu
BACA: Anggota PGA ditembak sedang lakukan risikan sebelum diserang - KPN
BACA: Anggota PGA maut ditembak: 18 individu direman empat hingga tujuh hari
Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand diserang menggunakan senjata api.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Koperal Norihan Tari, 39, mengalami kecederaan parah ketika berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di kawasan sempadan berhampiran Padang Besar.
Topic Berkaitan
#PGA
#sempadan Malaysia
#malaysia-thailand
#cedera
#ditembak
#seorang lagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan