awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan

Bernama
Bernama
13/05/2024
13:21 MYT
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Rusdi berkata penahanan lelaki berusia 28 tahun itu menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini seramai lima individu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata penahanan lelaki berusia 28 tahun itu menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini seramai lima individu.
"Lelaki berkenaan direman empat hari bermula hari ini hingga Khamis, polis juga akan memohon melanjutkan reman terhadap empat lelaki berusia 25 hingga 28 tahun yang ditahan sebelum ini yang akan tamat esok," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rusdi berkata semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Khamis lepas, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan itu yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng.
Jumaat lepas Rusdi dilaporkan berkata keterangan daripada pemilik premis dan pengurus pusat hiburan juga telah diambil bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat hiburan
#CCTV
#ugutan jenayah
#bom petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan