awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, dua cedera kereta langgar pembahagi jalan

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
03/06/2024
01:10 MYT
Seorang maut, dua cedera kereta langgar pembahagi jalan
Anggota bomba ketika mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam sebuah kereta. - Foto JBPM Sarawak
JULAU: Keceriaan sambutan Hari Gawai bertukar tragedi bagi Eveely Emilya Anak Epah, 22 apabila terbunuh dalam nahas kendiri di Jalan KJD di sini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah ketika dihubungi berkata, nahas berlaku sekitar jam 10.15 malam.
"Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah diatur gerak ke lokasi dan mendapati sebuah kereta Toyota Vios telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.
"Terdapat seorang mangsa wanita tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, manakala pemandu, seorang lelaki berusi 25 tahun telah berjaya keluar sendiri.
"Seorang lagi penumpang belakang yang berusia 19 tahun telah mengalami patah kaki dan dikeluarkan oleh pihak paramedik Klinik Kesihatan Julau yang tiba lebih awal, dengan bantuan orang ramai.
Pihak bomba kata Henderi telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas namun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#Nahas
#hilang kawalan
#pembahagi jalan
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan