awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut empat cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan di Sungai Ikan

Bernama
Bernama
13/09/2025
03:15 MYT
Seorang maut empat cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan di Sungai Ikan
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila Naza Citra yang datang dari arah Jerteh telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Aruz yang datang dari arah Pulau Pinang. - Foto IPD Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki dirempuh dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Ikan, di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Rohani Hashim, 62, yang menaiki Perodua Aruz dipandu anak perempuannya bersama tiga lagi ahli keluarga.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Aruz, Naza Citra dan Proton Saga pada 12.05 tengah malam.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila Naza Citra yang dipandu wanita berusia 29 tahun dari Jerteh telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Aruz yang datang dari arah Pulau Pinang, difahamkan dalam perjalanan untuk bercuti.
"Perlanggaran itu menyebabkan Naza Citra berpusing sebelum dirempuh sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 37 tahun yang datang dari arah Kemaman. Pada awalnya pemandu Proton Saga berkenaan cuba mengelak, namun bergesel pada bahagian sisi Naza Citra," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata dua lagi penumpang Perodua Aruz dilaporkan mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Bagaimanapun, pemandu Proton Saga bersama isteri serta tiga anaknya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat dibawa ke Unit Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut sementara pemandu Naza Citra yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati terutama pada musim cuti persekolahan yang baru bermula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#Kuala Terengganu
#kemalangan maut
#Azli Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami