awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Jumpa nanti’ - Adam Adli setuju berdialog dengan Liga Mahasiswa Malaysia
Mindef sedia tebus guna tanah rizab, lapang sasar lama bina rumah anggota ATM
PM Jepun Sanae Takaichi umum bubar Parlimen Jumaat ini, pilihan raya 8 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, enam cedera ringan dalam kemalangan empat kenderaan

Bernama
Bernama
17/03/2017
06:40 MYT
Seorang maut, enam cedera ringan dalam kemalangan empat kenderaan
Mereka yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis. - Gambar hiasan
Seorang maut manakala enam lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tamparuli-Ranau, berhampiran Kampung Koporingan, hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian yang berlaku kira-kira 8.30 pagi itu melibatkan lori tiga tan, Toyota Hilux, Proton Saga FLX dan Perodua Kancil.
Menurutnya mangsa yang maut merupakan penumpang Proton Saga FLX dan lima daripada enam yang cedera merupakan penumpang dan pemandu kereta sama manakala seorang lagi penumpang Toyota Hilux.
"Mereka yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis," menurut kenyataan itu.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 8.35 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Jalan Tamparuli-Ranau
#JBPM Sabah
#kemalangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan