TAWAU: Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, mangsa, Noor Aqila Ibrahim, 27, meninggal dunia di lokasi manakala lima lagi mangsa berusia antara 26 hingga 30 tahun cedera di beberapa anggota badan.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.57 petang.
Katanya, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kira-kira 26 kilometer dari BBP Tawau selepas menerima maklumat tiga kenderaan bertembung iaitu dua Toyota Vios dan sebuah Proton Saga.
"Tujuh mangsa terlibat dalam kemalangan itu.
"Empat termasuk seorang wanita berada dalam Proton Saga cedera dan seorang mangsa lelaki di kenderaan Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bagaimanapun, dua mangsa dalam sebuah lagi Toyota Vios iaitu seorang lelaki mengalami patah kaki kiri dan seorang mangsa perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Julius berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Semua mangsa yang cedera menerima rawatan awal daripada Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Tawau.
"Operasi tamat pada jam 3.44 petang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 02 2021
Mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan selepas cedera akibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas, Tawau. -Foto Sinar Harian
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Seorang maut, lima cedera nahas tiga kenderaan
Mangsa, Noor Aqila Ibrahim, 27, meninggal dunia di lokasi manakala lima lagi mangsa berusia antara 26 hingga 30 tahun cedera di beberapa anggota badan.