LENGGONG: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah terkena bahan letupan buatan sendiri di pusat rekreasi Lata Kekabu, dekat sini, pada Isnin.

Mangsa yang meninggal dunia disahkan sebagai Amirudin Khairudin, 44, manakala mangsa yang cedera parah ialah Azlan Ali, 40.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, Polis Daerah Gerik menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.12 petang tadi.

Menurutnya, mangsa yang meninggal disahkan telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakaka mangsa yang parah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.

“PDRM Perak menasihatkan masyarakat agar tidak menjalankan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti menggunakan bahan letupan bagi tujuan penangkapan ikan dan tidak menyalahgunakan kawasan rekreasi sebagai lokasi aktiviti menangkap ikan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Mohd Yusri turut merakamkan takziah kepada kepada keluarga kedua-dua mangsa yang terlibat.