awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang peserta PD International Triathlon lemas - Polis

Bernama
Bernama
15/07/2018
04:12 MYT
Seorang peserta PD International Triathlon lemas - Polis
Tharm Wei Wong, 39, yang berasal dari Pulau Pinang lemas semasa berenang di pantai Port Dickson ketika menyertai acara renang. - Gambar hiasan
Seorang peserta Port Dickson International Triathlon lemas ketika menyertai acara tahunan itu di sini, pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Mohd Faisal Mohd Noor dalam kenyataan di sini berkata Tharm Wei Wong, 39, yang berasal dari Pulau Pinang lemas semasa berenang di pantai Port Dickson ketika menyertai acara renang.
"Mangsa telah berenang dari garis permulaan menuju ke pantai untuk meneruskan acara yang seterusnya iaitu acara berbasikal. Jarak antara permulaan acara renang ke pantai lebih kurang 750 meter.
"Semasa berenang, mangsa dipercayai telah lemas. Anggota bomba telah memberi bantuan kecemasan dan bantuan penafasan dari mulut ke mulut (CPR) namun mangsa tidak memberi sebarang tindak balas," katanya.
Beliau berkata seterusnya mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk menerima rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#cpr
#Hospital
#lemas
#mangsa
#meninggal dunia
#polis
#Port Dickson
#Port Dickson International Triathlon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan