awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang rakyat Malaysia dikhuatiri terkorban di Algeria

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2013
03:30 MYT
Seorang rakyat Malaysia dikhuatiri terkorban di Algeria
Salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang masih hilang di Amenas dikhuatiri telah terkorban, menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman.
Kedutaan Besar Malaysia di Algiers dimaklumkan oleh wakil syarikat JGC Construction Pte. Ltd, syarikat di mana rakyat Malaysia tersebut bekerja bahawa nasib seorang lagi rakyat Malaysia masih belum diketahui
Menurut Anifah, tiga rakyat Malaysia yang dikenal pasti selamat telah dipindahkan daripada kompleks carigali minyak di Amenas ke Algiers, ibu negara Algeria.
“Para pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia di Algiers telah menemui mereka dan ketika ini persiapan sedang dibuat untuk membawa mereka pulang ke Malaysia,” tambah beliau.
Kementerian Luar Negeri telah memaklumkan kepada keluarga tiga rakyat Malaysia berkenaan mengenai keadaan mereka.
Kedutaan Besar Malaysia akan berusaha keras dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria serta JGC Construction Pte. Ltd bagi mengesahkan maklumat terkini mengenai dua rakyat Malaysia berkenaan.
Topic Berkaitan
#Algeria
#rakyat Malaysia
#tawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan