Polis Sabah memberkas tiga anggota kumpulan pecah rumah, termasuk sepasang kekasih, yang aktif di sekitar bandar raya ini dalam satu serbuan di Taman Maya, Tanjung Aru di sini pada 5 Dis lepas.
Suspek yang berusia lingkungan 25 hingga 32 tahun itu turut dipercayai menjadi buruan polis di Tawau, Johor dan Kuala Lumpur kerana kegiatan sama.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu mula aktif sejak 23 Nov lepas, yang membabitkan jumlah kerugian RM180,000.
"Dalam serbuan itu, polis merampas sejumlah barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah, termasuk rantai dan cincin emas, alat muzik, pelbagai jenis jam tangan, pelbagai barangan elektrik dan kereta pacuan empat roda yang digunakan kumpulan itu untuk menjalankan aktiviti mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu semalam.
Beliau percaya modus operandi kumpulan itu ialah mengumpil pintu rumah sasaran sebelum melarikan barangan berharga dari kediaman terbabit menggunakan pacuan empat roda yang disewa.
Sementara itu, Jauteh berkata pihaknya kini mengesan dua lagi suspek yang dipercayai masih berada di sekitar Kota Kinabalu.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
Dalam kes berasingan, Dikun berkata polis menahan lima lelaki termasuk penjaga premis judi siber berusia antara 18 hingga 35 tahun, dan merampas 67 set komputer serta 11 mesin slot selain wang tunai RM1,700 dalam operasi khas 'Ops Dadu' di sekitar bandar raya ini baru-baru ini.
Dikun berkata operasi yang bermula pada 4 Nov dan berakhir semalam itu membabitkan empat premis judi siber haram di sekitar Telipok, Kepayan, Tanjung Aru dan Jalan Gaya berdasarkan aduan serta maklumat orang awam.
"Polis memandang serius kegiatan judi siber ini, dan usaha berterusan kini dijalankan untuk membanteras kegiatan yang boleh meruntuhkan akhlak itu," katanya yang meminta kerjasama orang ramai bagi membantu menyalurkan maklumat berhubung kegiatan itu.
Bernama
Thu Dec 13 2012
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Anggota polis direman lima hari, minta RM1,000 daripada pasangan kekasih berdua-duaan dalam kereta
Dua anggota polis dan tiga sukarelawan polis direman lima hari kerana meminta suapan RM1,000 daripada sepasang kekasih yang sedang berdua-duaan di dalam kereta.
Wanita tembak teman lelaki kerana enggan berdebat
Polis ketika ini sedang mengesan wanita tersebut, namun mengalami kesukaran kerana suspek memiliki dua alamat di Shreveport.