SHAH ALAM: Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor esok, seramai 138 individu telah diumumkan oleh parti politik masing-masing bakal berentap untuk merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertanding.
Pakatan Harapan (PH), yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 2008, telah menyenaraikan 44 calon yang meliputi PKR (20), DAP (15) dan Amanah (sembilan).
Barisan Nasional (BN), yang membentuk kerjasama dengan PH, turut menamakan 12 calon sekali gus memberi lebih peluang kepada PH mengekalkan penguasaan khususnya di kawasan majoriti pengundi Melayu.
Perikatan Nasional (PN), yang terdiri daripada tiga parti komponen besar iaitu Bersatu, PAS dan Gerakan, juga telah mengumumkan calon untuk bertanding di semua kerusi DUN dengan 31 didominasi Bersatu manakala PAS dan Gerakan masing-masing 17 serta lapan kerusi.
Pertembungan dua gabungan politik gergasi PH-BN dengan PN dihangatkan lagi apabila Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diterajui Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mengumumkan 14 calon bagi membawa panji parti itu pada PRN kali ini.
Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang bekerjasama dengan MUDA bagi menghadapi PRN pada 12 Ogos ini, turut mengumumkan empat calon di kerusi Kota Damansara, Dengkil, Meru dan Kajang.
Perebutan kerusi tambah menarik apabila Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan calon di lapan DUN dengan tumpuan kepada kerusi sekitar Daerah Klang antaranya Pelabuhan Klang, Selat Klang, Sentosa dan Pandamaran.
Susulan pengumuman calon oleh kesemua parti politik, PRN Selangor bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di 19 DUN, satu lawan satu di 36 kerusi dan satu persaingan empat penjuru iaitu di DUN Sentosa melibatkan PH-PKR, PN/Gerakan serta calon daripada parti MUDA dan PRM.
Antara kerusi yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru ialah Dusun Tua, Bukit Antarabangsa, Bandar Utama, Batu Tiga, Kota Anggerik, Sungai Kandis dan Dengkil.
Bagi aksi satu lawan satu, pertembungan menarik dijangka berlaku di kerusi DUN di Utara Selangor antaranya Sabak, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali dan Sungai Burong yang menyaksikan persaingan dua seteru politik utama negara sejak sekian lama iaitu BN/UMNO dengan PN/PAS.
Pertembungan sengit juga dijangka berlaku di DUN Sungai Tua, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Semenyih, Kajang, Taman Medan, Sijangkang dan Tanjung Sepat.
Tumpuan pastinya terarah di DUN Sungai Tua apabila Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (PH) akan mempertahan kerusi yang dimenangi sejak 2008 dan beliau dijangka ditentang oleh calon PN iaitu Muhammad Hanif Jamaluddin dalam pertembungan satu lawan satu.
Turut menjadi perhatian kerusi DUN Hulu Kelang yang bakal menyaksikan persaingan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Bersatu), tokoh yang diuar-uarkan sebagai calon Menteri Besar Selangor daripada PN, dengan Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Juwairiya Zulkifli (PH-PKR).
Juwairiya merupakan penyandang kerusi DUN Bukit Melawati manakala Mohamed Azmin adalah bekas ADUN Bukit Antarabangsa.
Proses penamaan calon bagi PRN Selangor akan berlangsung esok di 35 pusat penamaan yang antara lain meliputi dewan serbaguna, kompleks sukan, stadium tertutup, pejabat majlis perbandaran dan dewan sekolah.
Mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya, proses penamaan calon bagi PRN Selangor dan lima negeri lain iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan hanya berlangsung sejam iaitu dari 9 hingga 10 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Proses penamaan calon bagi PRN Selangor akan berlangsung esok di 35 pusat penamaan. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal
Proses demokrasi berjalan lancar di semua 3,190 pusat mengundi bagi PRN di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi PRK Parlimen K. Terengganu