awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah

Bernama
Bernama
08/09/2023
14:15 MYT
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata gabungan itu semakin kukuh berasaskan jumlah keahlian direkodkan oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) iaitu antara komponen GRS yang kini mencecah 300,000 orang. - Gambar fail/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor berkata gabungan itu semakin kukuh berasaskan jumlah keahlian direkodkan oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) iaitu antara komponen GRS yang kini mencecah 300,000 orang.
"Itu cita-cita besar mereka. Biarkan mereka. Kita tunggu sahaja. Kita tidak tergugat. Jika dilihat daripada keahlian, sambutan Gagasan Rakyat hebat di Sabah.
"... biasalah parti-parti politik ini ada yang cakap lebih-lebih sikit untuk meyakinkan rakyat. Biar rakyat menentukan," kata Ketua Menteri itu kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
Pada Isnin, Setiausaha Bersatu Sabah Abdul Kadir Damsal menzahirkan keyakinan bahawa parti itu mampu merampas semula Negeri Di Bawah Bayu dan kerusinya yang hilang akibat tindakan keluar parti beramai-ramai diketuai Hajiji tahun lepas.
Sementara itu, Hajiji ketika mengulas perkembangan Gagasan Rakyat berkata parti itu akan mengadakan mesyuarat bahagian di 73 cawangan seluruh Sabah dari 23 Sept hingga 15 Okt depan dan perhimpunan agung pada 13 dan 14 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GRS
#Bersatu Sabah
#Gabungan Rakyat Sabah
#pilihan raya negeri
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan