awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 1,500 warga pendidik sertai Seminar Kenegaraan MADANI

Bernama
Bernama
03/08/2025
20:30 MYT
Seramai 1,500 warga pendidik sertai Seminar Kenegaraan MADANI
Roslan berkata kerajaan melihat peranan serta khidmat bakti pesara guru tidak dilupakan kerana pengalaman dan pengetahuan mereka amat dihargai. - Foto AKM
PENAMPANG: Seramai 1,500 peserta terdiri daripada pegawai pendidikan, guru sedang berkhidmat, pesara guru dan Persatuan Ibu Bapa Guru dari seluruh Sabah menyertai Seminar Kenegaraan MADANI di sini pada Ahad.
Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Datuk Dr Roslan Husin berkata seminar itu diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik selain memperkukuh kefahaman mereka terhadap dasar-dasar kerajaan khususnya Malaysia MADANI dalam konteks pendidikan.
"Di samping itu, program ini adalah untuk membentuk warga pendidik agar menghayati peranan serta tanggungjawab dalam usaha membina negara bangsa yang holistik," menurutnya dalam kenyataan selepas perasmian seminar itu oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa pada Ahad.
Roslan berkata seminar sehari bertema 'Guru Pemangkin Patriotisme Negara' itu juga menjadi wahana untuk membudayakan enam nilai teras utama Malaysia MADANI ke arah pembinaan modal insan yang kukuh serta jati diri dan patriotik khususnya dalam sektor pendidikan.
Beliau berkata kerajaan melihat peranan serta khidmat bakti pesara guru tidak dilupakan kerana pengalaman dan pengetahuan mereka amat dihargai yang masih boleh disumbangkan kepada masyarakat melalui aktiviti Penggerak MADANI di komuniti masing-masing.
Pada seminar itu, turut diadakan forum bertajuk Untold Story yang mengisahkan perjalanan awal dan pengorbanan tenaga serta emosi seorang pendidik demi anak bangsa demi generasi akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#Seminar Kenegaraan MADANI
#Roslan Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan