awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang OKU, lelaki kurang siuman ditembak polis

Bernama
Bernama
04/12/2013
23:00 MYT
Serang OKU, lelaki kurang siuman ditembak polis
Hasrat seorang lelaki cacat penglihatan untuk membelanja seorang lelaki kurang siuman bersarapan, berakhir dengan tragedi apabila beliau parah diserang dengan parang oleh lelaki itu di sebuah restoran di Jalan Bangsar di sini, Rabu.
Dalam kejadian 10.45 pagi itu, Ahmad Yaakob, 59, cedera di bahu kiri dan muka setelah ditetak lelaki kurang siuman berusia 36 tahun itu berikutan salah faham semasa mereka berbual.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata dalam kejadian itu, suspek menumbuk mangsa sebelum mengeluarkan parang dan menetaknya.
"Anggota polis yang berada berdekatan cuba meleraikan mereka tetapi suspek menghayunkan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan ke paha kiri suspek," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata Ahmad dan suspek dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan keadaan mereka stabil.
Siasatan ke atas suspek akan dibuat selepas dia selesai menjalani rawatan.
Topic Berkaitan
#cacat penglihatan
#ditembak
#Jalan Bangsar
#kurang siuman
#parang
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan