awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand

Bernama
Bernama
05/02/2025
05:45 MYT
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Mohd Yusoff berkata langkah berjaga-jaga amat penting bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan pelancong.- Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan negara itu susulan insiden serangan bom di Narathiwat baru-baru ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berkata langkah berjaga-jaga amat penting bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan pelancong.
"Melancong ke Thailand seolah-olah sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk di Kelantan memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.
"Namun, kita tidak dapat menjangka bila dan di mana insiden seperti letupan bom boleh berlaku. Sebelum ini, terdapat kes rakyat Malaysia yang cedera akibat insiden sedemikian. Oleh itu, saya menyeru mereka agar lebih berwaspada serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di Thailand," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kelantan di sini, hari ini.
Mohd Yusoff turut mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang Thailand bagi mengelakkan kesulitan serta masalah yang boleh menyusahkan kerajaan Malaysia dalam menyelesaikannya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kejadian serangan insiden bom di Narathiwat, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan bom
#rakyat Malaysia
#bercuti di Thailand
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan