awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM, Mohamed Fauzi didakwa pecah amanah RM5 juta
Kerajaan MADANI lulus RM350,000 naik taraf dua pusat pendidikan Islam
Peringatan KSN: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam terlibat salah guna kuasa, rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Dhaka: Polis sah dua warga Bangladesh bekas pelajar Monash

Bernama
Bernama
04/07/2016
12:48 MYT
Serangan Dhaka: Polis sah dua warga Bangladesh bekas pelajar Monash
Pada 1 Julai lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melakukan serangan di sebuah kafe di ibu negara itu dan menahan beberapa individu sebagai tebusan. - Gambar fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan dua warga Bangladesh yang maut dalam insiden serangan di Dhaka , Jumaat lepas, adalah bekas pelajar Universiti Monash di Malaysia.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum mengenal pasti sama ada mereka adalah mangsa ataupun anggota kumpulan bersenjata itu.
"Setakat ini, kita tidak dapat sahkan sama ada dia betul-betul terlibat atau hanya mangsa dalam kejadian itu. Polis akan berhubung dengan pihak Bangladesh untuk mendapatkan pengesahan," katanya.
Pada 1 Julai lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melakukan serangan di sebuah kafe di ibu negara itu dan menahan beberapa individu sebagai tebusan.
BACA: Kementerian siasat hubungan penyerang di Dhaka dengan universiti tempatan
Selepas rundingan yang dilakukan gagal, pasukan keselamatan Bangladesh kemudian mengempur dan berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 13 tebusan dan menembak mati enam lelaki yang menyerang Holey Artisan Bakery yang popular dalam kalangan rakyat asing.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#Serangan Dhaka
#Universiti Monash
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan