awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam

Agensi
Agensi
18/09/2021
09:34 MYT
Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam
Jurucakap Pentagon, John Kirby dalam sidang media pada Jumaat menyampaikan permohonan maaf daripada Lloyd Austin serta ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa korban. - Gambar REUTERS
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin mengakui kesilapan pihaknya ketika melancarkan serangan dron di Afghanistan bulan lepas yang menyasarkan militan ISIS-K.
Sebaliknya, kesemua 10 mangsa korban serangan itu merupakan rakyat Afghan dengan tujuh daripada mereka adalah kanak-kanak.
Jurucakap Pentagon, John Kirby dalam sidang media pada Jumaat menyampaikan permohonan maaf daripada Austin serta ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa korban.
Menurut Kirby, Austin turut telah mengarahkan supaya penilaian dilakukan ke atas siasatan tentera berkenaan serangan itu.
Serangan dron itu dilancarkan pada 29 Ogos lalu yang didakwa bagi membalas serangan letupan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul oleh cabang kumpulan pengganas Daish di Afghanistan, ISIS-K atau Daish-Khorasan.
Namun, Pentagon sebelum ini menegaskan bahawa serangan tersebut dilancarkan secara tepat berdasarkan maklumat risikan.
Serangan tersebut menyasarkan pemandu sebuah kereta Toyota Corolla berwarna putih yang dijejaki pihak keselamatan Amerika selama lapan jam sebelum itu.
Bagaimanapun, serangan itu dipertikaikan media yang melaporkan bahawa pemandu kereta Toyota itu merupakan seorang kakitangan yang sudah lama bekerja di sebuah pertubuhan kemanusiaan AS.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Amerika
#dron
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan