KOTA BHARU: Polis Kelantan meminta bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk membuat kawalan di kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang susulan kehadiran harimau yang mengancam keselamatan penduduk ketika ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, langkah itu merupakan salah satu usaha bagi memastikan keselamatan Orang Asli berada dalam keadaan terbaik.
"Berkemungkinan besar pasukan itu (PGA) akan melapor diri esok bagi memulakan penugasan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Pada 7 Januari lepas seorang lelaki Orang Asli, Anek Along, 59, maut dibaham seekor harimau belang dalam kejadian di Kampung Sau, Pos Bihai.
BACA: Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Anek merupakan mangsa kedua pak belakang di sini selepas pada Julai lalu seorang lelaki Orang Asli, Adin Andok, 43, hampir maut akibat diserang haiwan liar tersebut dalam kejadian di Kampung Badak, Pos Bihai.
Susulan kejadian harimau belang yang membaham Orang Asli itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan telah turun padang menjalankan pemantauan dan kawalan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai berikutan terdapat tiga ekor harimau belang yang berkeliaran di kawasan berkenaan sejak 10 Disember lalu.
Perhilitan Kelantan telah bertindak memasang tiga buah Perangkap Wahab iaitu dua buah di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak, Pos Bihai.
Mengikut rekod, seekor harimau belang betina telah berjaya ditangkap di Kampung Badak, Pos Bihai, Gua Musang pada 15 Julai tahun lalu selepas menyerang seorang penduduk kampung berkenaan.
Harimau Belang yang diberi gelaran 'Syamilla Bihai' tersebut ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk menerima rawatan setelah mengalami beberapa kecederaan serius akibat pergelutan dengan mangsa serangan iaitu Adin Andok.
Justeru orang ramai disarankan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Jan 13 2022
Polis Kelantan meminta bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk membuat kawalan di kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang. - Foto Sinar Harian
Palestin perlukan 14 tahun untuk dibangunkan semula
Jumlah besar runtuhan akibat serangan dilakukan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengambil tempoh sekurang-kurangnya 14 tahun untuk dibersihkan.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi seluruh dunia pulang selepas misi ditangguh
Delegasi seluruh dunia dan Malaysia dijangka bergerak pulang ke negara masing-masing dalam waktu terdekat.
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
#AWANI745
#AWANI745
Tangkapan anak MB Perlis, tidak jejas sokongan
Tangkapan ke atas anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan lima lagi individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM600,000 tidak menjejaskan perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang ditandingi Perikatan Nasional.
#AWANI745
#AWANI745
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendokong calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
#AWANI745
#AWANI745
Wanita lintas jalan direman dua hari
Pemandu SUV yang melintas jalan dan menyebabkan kemalangan, yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi direman dua hari.
Genting Malaysia nafi bincang mengenai kasino di Forest City
Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
AWANI Borneo [27/04/2024] - Peruntukan RM60 juta | GPS tumpu Sarawak | Risiko hilang kerusi
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 27 April 2024
Tertangguh lama, SMK Sebuyau bakal berwajah baharu
Sah! GPS tidak terlibat kempen PRK Kuala Kubu Bharu
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 27 April 2024
Tertangguh lama, SMK Sebuyau bakal berwajah baharu
Sah! GPS tidak terlibat kempen PRK Kuala Kubu Bharu
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
#AWANInews
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
Kedai pertama U Mobile di Sabah terletak di Imago Shopping Mall dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti talian pra bayad dan pasca bayar U Borneo.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
DOSM Terengganu dekati komuniti Orang Asli, elak tercicir daftar PADU
Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu giat menjalankan program pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan komuniti Orang Asli.
Sistem PADU bantu Orang Asli elak tercicir inisiatif kerajaan
Along, dari suku kaum Temiar yang tinggal di Pos Belatim, berkata dia sanggup menunggang motosikal untuk hadir di kaunter PADU.
Banjir: JAKOA akan pastikan masalah Orang Asli diselesaikan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memastikan setiap masalah yang dihadapi mangsa banjir melibatkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara, akan diselesaikan segera.
JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup
Sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli di Mersing dan enam di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.