awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan rumah ibadat di Sri Lanka, polis Johor perketat kawalan

Bernama
Bernama
24/04/2019
08:23 MYT
Serangan rumah ibadat di Sri Lanka, polis Johor perketat kawalan
Pihak berkuatkuasa sedang meninjau rumah ibadat yang musnah akibat dibom. - Foto Reuters
Semua Ketua Polis Daerah di negeri ini diarah meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan rumah-rumah ibadat berikutan siri letupan beberapa lokasi rumah ibadat dan hotel di Sri Lanka tiga hari lepas sehingga mengorbankan lebih 200 nyawa.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata antara lokasi lain yang turut dilakukan pemantauan adalah pintu-pintu masuk sempadan di negeri ini.
"Saya telah arahkan semua Ketua Polis Daerah untuk pertingkatkan rondaan dan kawalan di rumah-rumah ibadat dan setakat hari ini kita belum ada menerima sebarang maklumat ancaman terhadap rumah ibadat di Johor ini, jadi saya harap perkara ini tidak berlaku di sini.
"Kita juga memang sentiasa membuat pemantauan di pintu-pintu sempadan di tambak Johor dan di Second link. Di peringkat kita setakat ini, maklumat yang kita ada tiada lagi ancaman sebegini di Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Derma Darah sempena Sambutan Hari Polis ke-212 di Plaza Pelangi Mall di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau turut berkata pihaknya masih melakukan pemantauan terhadap kegiatan rangkaian kumpulan pengganas IS.
"Kita masih buat pemantauan, kita tidak nafikan masih ada, tetapi masih dalam pemantauan dan kawalan kita," katanya.
Seramai 200 orang dijangka menderma darah pada majlis yang berlangsung sehari berakhir petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman keselamatan
#bom colombo
#Datuk Mohd Kamarudin Md Din
#kawalan keselamatan
#polis johor
#serangan sri lanka
#Timbalan Ketua Polis Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan