awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan siber terhadap perniagaan di Malaysia meningkat 197 peratus pada 2022 - Kaspersky

Bernama
Bernama
26/04/2023
20:50 MYT
Serangan siber terhadap perniagaan di Malaysia meningkat 197 peratus pada 2022 - Kaspersky
Kaspersky berkata, Singapura mencatatkan lonjakan tertinggi tahun ke tahun daripada segi ancaman web yang menyasarkan perniagaan tahun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ancaman laman web yang menyasarkan perniagaan di Malaysia meningkat sebanyak 197 peratus tahun lepas, menurut keselamatan siber global dan penyedia anti-virus, Kaspersky.
Kaspersky dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu berkata semasa pandemik berada di kemuncak pada tahun 2020, ia menghalang 10,200,817 serangan laman web daripada menjangkiti perniagaan di Asia Tenggara.
"Serangan laman web melonjak pada 2022 dengan merekodkan 13,381,164, jumlah itu menurun sedikit pada 2021 kepada 9,180,344," katanya.
Kaspersky berkata Singapura mencatatkan lonjakan tertinggi tahun ke tahun daripada segi ancaman web yang menyasarkan perniagaan tahun lepas.
"Negara-negara di Asia Tenggara mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda (329 peratus) selepas penyelesaian perniagaan Kaspersky menyekat sejumlah 889,093 serangan siber, kenaikan yang mengejutkan daripada jumlah keseluruhan 207,175 pada 2021.
"Peningkatan itu juga dicatatkan di negara-negara Asia Tenggara lain dengan Malaysia (197 peratus), Thailand (63 peratus), Indonesia (46 peratus) dan Filipina (29 peratus).
"Hanya Vietnam yang menyaksikan penurunan sedikit (-12 peratus) selepas merekodkan hanya 2,485,168 insiden ancaman web tahun lepas berbanding 2,822,591 pada 2021," kata Kaspersky.
Ancaman berasaskan laman web atau ancaman dalam talian, merujuk kepada percubaan untuk memuat turun objek/perisian berniat jahat daripada tapak laman web berniat jahat atau dijangkiti dengan perisian hasad.
Kaspersky berkata ancaman laman web disebabkan kesilapan pengguna, pembangun dan pengendali perkhidmatan web atau perkhidmatan laman web itu sendiri.
"Tidak kira niat atau punca, akibat ancaman laman web boleh merosakkan individu dan organisasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan siber
#Kaspersky
#serangan laman web
#perniagaan di Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan