awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serba Dinamik sasar 200 megawatt tenaga boleh baharu tahun ini

Bernama
Bernama
07/08/2018
20:40 MYT
Serba Dinamik sasar 200 megawatt tenaga boleh baharu tahun ini
Di Kota Marudu, Serba Dinamik sedang membangunkan projek 30 MW loji kuasa hidro. - Gambar hiasan
Serba Dinamik Holdings Bhd menjangka dapat mencapai sasaran pengeluaran tenaga boleh baharu sehingga 200 megawatt (MW) pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya Datuk Dr Abdul Karim Abdullah berkata setakat ini projek berkenaan sedang dibangunkan di Sabah, Perak dan Laos.
"Sehingga kini syarikat membangunkan projek menghasilkan 130 megawatt dengan anggaran kos sebanyak RM1.3 bilion di lokasi tersebut," katanya kepada pemberita pada program Smart Living Innovation Caucus 2018 (SLIC) di sini pada Selasa.
"Sebagai contoh, di Kota Marudu (Sabah) kita sedang membangunkan projek 30 MW loji kuasa hidro. Kita juga menandantangani kontrak untuk membina 60 MW di Perak.
Malah, kata Abdul Karim, syarikat juga optimis baki 70 MW yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM700 juta mampu dicapai menjelang hujung tahun ini.
Mengenai hasrat kerajaan untuk menghasilkan 20 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2025, beliau berkata pelbagai pihak perlu memainkan peranan.
"Untuk memastikan hasrat ini tercapai, perlu ada penglibatan dan komitmen yang serius daripada pemain industri jana kuasa.
"Ia termasuk kerajaan sebagai penggubal dasar baharu, institusi kewangan yang memberi sokongan dan penerimaan pengguna sebaik ia dilaksanakan dengan tarif yang berpatutan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Abdullah
#kerajaan
#Ketua Pegawai Eksekutif
#Sabah
#Serba Dinamik Holdings Bhd
#tenaga boleh baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan