awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serbuan di hotel bajet, JIM Kelantan tahan 10 pendatang tanpa izin

Bernama
Bernama
20/01/2026
14:50 MYT
Serbuan di hotel bajet, JIM Kelantan tahan 10 pendatang tanpa izin
Sepuluh pendatang tanpa izin ditahan dalam Operasi Sapu oleh Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan di beberapa hotel bajet di sekitar bandar raya ini bermula 18 Jan hingga semalam. - Gambar fail/hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Sepuluh pendatang tanpa izin ditahan dalam Operasi Sapu oleh Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan di beberapa hotel bajet di sekitar bandar raya ini bermula 18 Jan hingga semalam.
Timbalan Pengarahnya Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata operasi itu mendedahkan modus operandi sindiket yang menjadikan hotel bajet sebagai lokasi transit sebelum pendatang dihantar ke destinasi tertentu, khususnya ke pantai barat Semenanjung.
Beliau berkata pihaknya mengesan unsur pakatan antara pengangkut dan pihak pengurusan tertentu, apabila kunci bilik hotel diserahkan lebih awal bagi membolehkan pendatang berehat sebelum dibawa ke lokasi seterusnya.
"Selain hotel bajet, sebelum ini kami turut mengesan pendatang ditempatkan di inap desa atau rumah sewa yang dijadikan transit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi yang bermula pada 8 malam itu digerakkan dengan kekuatan 18 pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan JIM Kelantan hasil risikan serta maklumat awam.
Nik Akhtarulhaq berkata keseluruhan 13 warga asing diperiksa dan 10 daripada mereka merupakan pendatang tanpa izin membabitkan empat lelaki warga Indonesia, tiga lelaki warga India, seorang lelaki warga Somalia serta dua wanita warga Indonesia berusia antara 20 dan 40-an.
Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendatang tanpa izin
#hotel bajet
#JIM Kelantan
#Operasi Sapu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan