awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serpihan ditemui di Pulau Kangaroo, Australia bukan daripada MH370

Bernama
Bernama
22/06/2016
13:17 MYT
Serpihan ditemui di Pulau Kangaroo, Australia bukan daripada MH370
MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pada Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. - Gambar fail
Serpihan ditemukan di sebuah pulau di Australia awal bulan ini bukan daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang, Penerbangan MH370, kata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
ATSB berkata syarikat pengeluar pesawat itu, Boeing, mengesahkannya selepas penyiasat mengambil serpihan itu dan memeriksanya.
"Pada 9 Jun 2016, ATSB dinasihatkan tentang kemungkinan serpihan yang ditemukan di Pulau Kangaroo di selatan Australia adalah daripada pesawat itu (MH370). ATSB mengambil serpihan itu dan memeriksanya, bersama-sama dengan pihak berkuasa Malaysia dan Boeing.
"Maklumat diterima daripada syarikat pengeluar menunjukkan serpihan itu tidak konsisten dengan spesifikasi pembuatan bagi pesawat komersial Boeing.
"Sehubungan itu, ATSB telah membuat penilaian bahawa serpihan itu tiada kaitan dengan penyiasatan keselamatan atau misi pencarian yang sedang dijalankan bagi MH370," menurut ATSB dalam laman webnya pada Rabu.
Awal bulan ini, dilaporkan beberapa keping serpihan juga ditemukan di Madagascar oleh seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencari serpihan pesawat yang hilang itu.
MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pada Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Topic Berkaitan
#ATSB
#Penerbangan MH370
#Serpihan ditemukan di sebuah pulau di Australia awal bulan ini bukan daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan