SEREMBAN: Penyertaan dalam blok ekonomi organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) akan membolehkan 'suara' Malaysia lebih didengari di pentas antarabangsa.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dengan menyertai BRICS, pandangan Malaysia dalam pelbagai isu akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan berbanding apabila bergerak secara bersendirian.
"Memang kita sedang membuat analisis, memantau dan melihat kesediaan menjadi anggota BRICS, kita menyertai blok ini mesti ada faedah kepada negara, bukan untuk kita bermegah-megah.
"Jadi kita akan meninjau dan menganalisis apa kepentingannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Kampung Angkat Madani dan Ibadah Korban 1445H/2024 Kementerian Luar Negeri di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong, Rantau, di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilapor mengesahkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.
BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010, diikuti Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Januari tahun ini.
Dalam pada itu, Mohamad berkata lawatan rasmi Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia bertujuan memperkasa dan mempertingkatkan hubungan dua hala demi kepentingan kedua-dua negara terutama aspek dagangan.
"Ini kerana China sebuah ekonomi kedua terbesar dan dekat dengan rantau kita selain negara dagangan kita yang terbesar, jadi banyak perkara yang boleh kita runding dan pertingkatkan lagi demi kebaikan kedua-dua negara.
"Hubungan rapat Malaysia dan China perlu dipertingkatkan, pada masa yang sama ada perkara yang perlu diselesai, dirunding bersama seperti masalah di Laut China Selatan dan sebagainya, hubungan baik ini memungkinkan kita menguruskan apa juga masalah dengan baik," katanya.
Wisma Putra hari ini memaklumkan Li akan mengadakan lawatan tiga hari ke negara ini bermula hari ini untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dan memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024
Mohamad berkata dengan menyertai BRICS, pandangan Malaysia dalam pelbagai isu akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan berbanding apabila bergerak secara bersendirian. -Gambar fail/Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Usaha bangun mekanisme penyelesaian BRICS diteruskan walaupun diancam Trump - Diplomat Rusia
Usaha membangunkan mekanisme atau instrumen yang memudahkan penyelesaian transaksi kewangan antara negara anggota BRICS akan diteruskan walaupun diancam Trump.
Tiada cadangan rasmi negara BRICS kurang bergantung kepada dolar AS - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi yang dipersetujui negara anggota BRICS bagi tujuan mengurangkan pergantungan kepada dolar AS setakat ini.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS apabila pelabur pilih mata wang selamat
Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancaman tarif Trump - Tengku Zafrul
Malaysia, sebagai rakan BRICS, akan memantau perkembangan ini dengan rapat dan menegaskan keterbukaan untuk perniagaan dan perdagangan dengan semua negara.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap negara BRICS jika dolar digantikan
Trump mengeluarkan amaran yang beliau akan mengenakan tarif 100 peratus terhadap mana-mana negara BRICS yang cuba menggantikan penggunaan dolar AS.
BRICS: Penyertaan Malaysia tidak kurangkan peranan dalam OIC dan NAM - Mohamad
Penyertaan Malaysia dalam BRICS sebagai rakan tidak mengurangkan peranan negara dalam OIC dan NAM.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Malaysia akan kekal berkecuali, komited menjadi negara destinasi pelaburan selamat – Tengku Zafrul
Dalam suasana perang teknologi yang kian memuncak antara ekonomi-ekonomi besar dunia, Malaysia perlu kekal berkecuali dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak.