awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Servis percuma baiki motosikal terjejas banjir

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2023
20:00 MYT
Servis percuma baiki motosikal terjejas banjir
Perkhidmatan yang disediakan itu melibatkan 30 pemilik motosikal berkuasa tinggi dan motosikal biasa di sekitar daerah Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Besut. -Sinar Harian
BESUT: Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyediakan perkhidmatan servis motosikal percuma kepada 200 pemilik motosikal di Kampung La, Hulu Besut di sini yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.
Penyelaras Program Ride dan Misi Bantuan Pasca Banjir Kampung La, Hassan Harun berkata, NGO terlibat ialah Iman Care, Alternative Ride Club (ARC) dan Warga Cakna.
"Kebanyakan penduduk kampung ini bekerja sebagai petani dan pekebun yang sangat memerlukan motosikal sebagai pengangkutan utama mereka dalam urusan seharian.
"Kita harap dengan inisiatif ini, ia dapat meringankan beban kewangan mangsa banjir," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
Menurutnya, perkhidmatan yang disediakan itu melibatkan 30 pemilik motosikal berkuasa tinggi dan motosikal biasa di sekitar daerah Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan daerah Besut.
"Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemilik motosikal yang terjejas ialah menggantikan minyak pelincir serta palam pencucuh.
"Selain servis motosikal percuma, tiga NGO tersebut turut menyalurkan sumbangan barangan keperluan makanan kepada pemilik kediaman yang terjejas teruk di kampung itu," kata beliau.
Sementara itu, kebanyakan pemilik motosikal yang ditemui meluahkan rasa bersyukur atas keprihatinan pihak yang sudi menawarkan bantuan kepada mereka.
Rosmalizawati Latif, 37, berkata, dia sememangnya menunggu tawaran seperti itu selepas rumahnya dinaik air.
"Saya amat memerlukan bantuan ini kerana banjir kali ini menyebabkan hampir 90 peratus barangan di rumah saya musnah.
"Bila ada program sebegini, ia sekurang-kurangnya dapat membantu saya menjimatkan perbelanjaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#bantuan baiki motosikal
#NGO
#Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan