awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesak di SJR: Ke manakah tujuan anda pada hujung minggu ini? - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2021
06:42 MYT
Sesak di SJR: Ke manakah tujuan anda pada hujung minggu ini? - Dr Noor Hisham
Menurut Dr Noor Hisham, pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan rentas daerah dan negeri telah dikuatkuasakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mempersoal arah tuju sesetengah individu hingga menyebabkan kesesakan di sekatan jalan raya (SJR).
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau berkata pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan rentas daerah dan negeri telah dikuatkuasakan.
"Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini?
"Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan.
"Membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung penularan jangkitan virus COVID-19," katanya yang turut memuat naik beberapa foto serta tangkap layar kemas kini kesesakan jalan raya sekitar Lembah Klang.
Beliau pada masa sama mengulangi peringatan kepada rakyat Malaysia untuk kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting.
Malah, beliau merayu supaya rakyat Malaysia membantu menyelamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes COVID-19 tidak terkawal.
Sumber Facebook DGHisham
"Sekiranya kami rebah, anda dan ahli keluarga anda mungkin tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya.
"Jika lebih malang, tiada lagi katil untuk anda di hospital.
"Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal tetapi katil ICU (unit rawatan rapi) sudah penuh semuanya," katanya.
Beliau akui, petugas barisan hadapan kini sudah penat, namun mereka akan terus gagah demi menyelamatkan nyawa.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#COVID-19
#media sosial
#Sekatan Jalan Raya
#petugas barisan hadapan
#unit rawatan rapi
#jangkitan
#rentas daerah
#SJR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan