awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesat 20 jam di Kundasang, pendaki akhirnya ...

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
10/09/2019
11:19 MYT
Sesat 20 jam di Kundasang, pendaki akhirnya ...
Mohd Idris Kauhinin ditemukan selamat oleh orang awam di puncak bukit berkenaan pada jam 9.20 pagi hari ini. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki menempuh azab lebih 20 jam lamanya selepas dilaporkan tersesat ketika mendaki bukit Nulu Tinorindak, Kampung Lembah Permai, Kundasang, sejak semalam.
Mohd Idris Kauhinin, 25 tahun, ditemukan selamat oleh orang awam di puncak bukit berkenaan pada jam 9.20 pagi hari ini.
Mangsa terdahulu dilaporkan tersesat sejak jam 12.30 tengah hari Isnin lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Riduan Mohd Taib dalam kenyataan medianya hari ini berkata, mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Kita terdahulu menerima maklumat berhubung insiden ini pada jam 12.30 tengah hari Isnin sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi untuk operasi mencari.
"Operasi itu dijalankan di sepanjang laluan ke puncak bukit tersebut sebelum mangsa ditemukan selamat dan berada dalam keadaan keletihan oleh orang awam kira-kira jam 9.20 pagi tadi," katanya.
Pendaki
Operasi dijalankan di sepanjang laluan ke puncak bukit sebelum Mohd Idris ditemukan dengan selamat. - Foto Astro AWANI
Mengulas lanjut, operasi pencarian berkenaan turut dibantu oleh Pasukan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) dan beberapa agensi lain.
Antara yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat.
Topic Berkaitan
#APM
#Balai Bomba dan Penyelamat Ranau
#Mohd Idris Kauhinin
#MOSAR
#PBB
#PDRM
#RELA
#Riduan Mohd Taib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan