awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SESB guna inovasi teknologi percepat pemulihan kapasiti Stesen Janakuasa Patau-Patau

Bernama
Bernama
11/03/2024
21:30 MYT
SESB guna inovasi teknologi percepat pemulihan kapasiti Stesen Janakuasa Patau-Patau
Sabah Electricity Sdn Bhd garap idea inovasi teknologi daripada pakar dalaman sendiri untuk meningkatkan kapasiti penjanaan Grid Sabah yang masih berada pada tahap kritikal.
LABUAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menggarap idea inovasi teknologi daripada pakar dalaman sendiri untuk meningkatkan kapasiti penjanaan Grid Sabah yang masih berada pada tahap kritikal.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, berbekalkan pengalaman dan kepakaran sedia ada, kerja-kerja pengubahsuaian pemutus litar berkeupayaan 132 kilovoltan (kV) kepada 11kV berjaya dilaksanakan.
"Ini adalah merupakan usaha berterusan daripada SESB untuk mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik ke Grid Sabah," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.
Beliau berkata, idea inovasi itu merupakan kali pertama dilaksanakan ke atas stesen janakuasa dan seterusnya membolehkan Stesen Janakuasa Patau-Patau meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada Disember 2024.
SESB, katanya, kini dalam proses akhir untuk mengoperasikan semula Tarbin Gas GT2 dan GT3 di stesen itu yang tidak dapat beroperasi sejak tahun lepas.
"Pengoperasian semula Stesen Janakuasa Patau-Patau ini akan dapat menjana kapasiti tenaga elektrik tambahan sebanyak 60 megawatt setiap hari ke dalam Grid Sabah," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah Electricity
#SESB
#Grid Sabah
#Stesen Janakuasa Patau-Patau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan