KOTA BHARU: Kekangan kewangan membuatkan sebilangan ibu bapa melakukan persiapan di saat akhir bagi membeli kelengkapan sekolah anak-anak untuk sesi persekolahan baharu yang bermula esok di Kelantan.
Ibu tunggal Wan Fadhilah Wan Hamat, 34, mengakui dia menggunakan sepenuhnya wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang untuk persiapan empat anaknya yang masih bersekolah.
"Kalau ikutkan peruntukan ini masih tidak cukup kerana harga barangan termasuk pakaian sekolah dan alat tulis meningkat. Jadi, saya beli mana yang penting dahulu.
"Saya juga terpaksa meminjam wang daripada keluarga dan rakan bagi menampung kekurangan memandangkan gaji sebagai pengawal keselamatan hanya RM1,300," katanya ketika ditemui di Program Sumbangan Kelengkapan Sekolah oleh syarikat hartanah Keltrade Properties, di Kok Lanas di sini hari ini.
Wan Fadhilah yang bersyukur kerana turut terpilih menerima sumbangan itu, berkata untuk yuran sekolah empat anaknya Fakhrullah Al-Mukmin Fadzli, 11, Farhad Al-Mukmin, 9, Fayyad Al-Mukmin, Fattah Al-Mukmin, 6, pula dia telah menyimpan sebahagian daripada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan itu.
Bagi Rosliza Abdul Rashid, 47, pula dia tidak lena tidur memikirkan persiapan untuk kelengkapan sekolah tiga anaknya yang masih belum mencukupi.
"Dua anak di sekolah rendah dan seorang di sekolah menengah memang memberi cabaran kewangan kepada keluarga kami memandangkan saya hanya tukang sapu sekolah, manakala suami berkerja sebagai buruh.
"Sebelum ini saya sudah beli sedikit demi sedikit pakaian dan alat tulis untuk anak-anak supaya tidak terlalu terbeban," kata ibu kepada tujuh anak itu yang berasa lega apabila ada pihak yang sudi tampil menyumbang kelengkapan sekolah.
Sementara itu Pengurus Keltrade Properties Cawangan Kota Bharu Fakhrurrazi Mustafa berkata program tanggung jawab sosial korporat (CSR) yang julung kali dibuat itu bagi membantu pelajar asnaf yang dipilih menerusi senarai disediakan guru Sekolah Kebangsaan Kok Lanas.
Menurutnya sebelum ini pihaknya melaksanakan program CSR membantu asnaf setiap kali Ramadan dan mangsa banjir di negeri ini.
--BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Kekangan kewangan membuatkan sebilangan ibu bapa melakukan persiapan di saat akhir bagi membeli kelengkapan sekolah anak-anak untuk sesi persekolahan baharu yang bermula esok di Kelantan. - BERNAMA
Untung bersih suku pertama CelcomDigi naik kepada RM376.46 juta
Keuntungan bersih CelcomDigi Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 meningkat kepada RM376.46 juta.
Niaga AWANI: Kesan limpahan pertumbuhan sektor semikonduktor
Pasca pengumuman PM berkaitan semikonduktor.
Bagaimana Kecerdasan Buatan (AI) berperanan dan mendapatkan manfaat daripada pertumbuhan sektor semikonduktor di negara ini?
#NiagaAWANI
Bagaimana Kecerdasan Buatan (AI) berperanan dan mendapatkan manfaat daripada pertumbuhan sektor semikonduktor di negara ini?
#NiagaAWANI
KKM arah penjualan produk rempah mengandungi etilena oksida dihentikan
Etilena Oksida sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah bagi mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca daripada bakteria, virus dan kulat.
Perkara penting mengenai Strategi Semikonduktor Nasional (NSS)
NSS dijangka dapat menarik pelaburan sebanyak RM500 bilion dalam bidang berkaitan dengan semikonduktor.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Niaga AWANI: 3 fasa strategi NSS, tarik berbilion pelaburan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan tersebut antara lima sasaran dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) Malaysia, yang akan meliputi tiga fasa.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan mulai Januari tahun depan
Kadar sewa Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2 akan dinaikkan sehingga RM50 seunit dijangka mulai Januari tahun depan.
Empat pembantu penguasa Kastam didakwa terima rasuah berjumlah RM39,750
Empat Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada Selasa, atas pertuduhan menerima rasuah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM39,750.
XPDC tempa nama, satu-satunya kumpulan rock dibenar buat persembahan di Terengganu
Ini kali kedua XPDC Kita Pengyu dijemput dan dibenar mengadakan persembahan di Terengganu selepas kali pertama pada 2023 di Bandar Kerteh.
Pelantikan Tun Mohd Ali Mohd Rustam penggal kedua
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Tun Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua, bermula 4 Jun 2024.
Istiadat pengurniaan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Istiadat pengurniaan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sesi persekolahan baharu: Ibu bapa buat persiapan saat akhir
Kekangan kewangan membuatkan sebilangan ibu bapa melakukan persiapan di saat akhir bagi membeli kelengkapan sekolah anak-anak untuk sesi persekolahan baharu yang bermula esok di Kelantan.
Tarian tiang 'sambut' murid tadika
Sebagai sebahagian daripada program, keluarga terbabit juga dijemput menonton persembahan beberapa penari wanita termasuk tarian tiang.