awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkara penting mengenai Strategi Semikonduktor Nasional (NSS)

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/05/2024
10:08 MYT
Perkara penting mengenai Strategi Semikonduktor Nasional (NSS)
Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Ekspo SEMICON Asia Tenggara 2024 hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Industri semikonduktor di Malaysia bermula pada tahun 1970-an dengan kemasukan syarikat-syarikat multinasional yang membuka kilang pemasangan dan ujian.
Pada 1972, syarikat Intel membuka kemudahan pengeluaran luar negara pertamanya di Malaysia dengan pelaburan sebanyak AS$1.6 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Ekspo SEMICON Asia Tenggara 2024 hari ini berkata, separuh abad berlalu telah menyaksikan Malaysia berada di kedudukan keenam sebagai pengeksport terbesar bagi industri semikonduktor.
Jelas beliau, visi kerajaan adalah mewujudkan ekosistem yang didorong oleh firma-firma Malaysia yang dinamik dan bakat bertaraf dunia, sambil bekerjasama dengan syarikat-syarikat global.
Berikut rancangan kerajaan melalui Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) Malaysia, yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini.
NSS akan meliputi:
FASA 1: Pembinaan Asas
- Memanfaatkan kapasiti dan keupayaan sedia ada dalam industri untuk menyokong pemodenan 'Outsourced Assembly and Testing' (OSAT) dengan langkah-langkah ke arah pembungkusan termaju; memperluaskan kilang sedia ada di Malaysia dan pengembangan FDI.
FASA 2: Bergerak ke Hadapan
- Reka bentuk dan cip memori canggih, fabrikasi dan menguji serta mencari untuk menyepadukan pembelian.
FASA 3: Berinovasi
- Menguatkan sokongan melalui pembangunan syarikat reka bentuk semikonduktor Malaysia bertaraf dunia dan menarik pembeli cip-cip canggih seperti Apple, Huawei, dan Lenovo.
Lima sasaran Utama dalam NSS:
Sasaran 1: Menarik pelaburan RM500 bilion.
Sasaran 2: Tubuh sekurang-kurangnya 10 syarikat Malaysia dalam Reka Bentuk dan Pembungkusan dengan pendapatan antara RM1 bilion hingga RM4.7 bilion.
Sasaran 3: Malaysia menjadi sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global untuk semikonduktor.
Sasaran 4: Melatih dan meningkatkan jumlah 60,000 jurutera yang berkemahiran tinggi.
Sasaran 5: Peruntukkan RM25 bilion dalam sokongan fiskal untuk mengaktifkan NSS.
Topic Berkaitan
#industri semikonduktor
#Strategi Semikonduktor Nasional NSS
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan