PETALING JAYA: Open University Malaysia (OUM) sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memohon dan menyambung pengajian di universiti itu tanpa mengira latar belakang termasuk banduan.
Naib Canselornya, Prof Ahmad Izanee Awang berkata, OUM menerima sesiapa sahaja asalkan individu terbabit memiliki kesungguhan dalam menimba ilmu ke tahap yang lebih tinggi selain bertekad untuk berubah menjadi insan lebih baik.
"Moto OUM ialah Universiti Digital untuk Semua. Semua ini tidak kiralah apa latar belakang pelajar, di mana mereka berada, apakah pekerjaan mereka, asalkan ingin menuntut ilmu dan mahu berjaya kami akan menerima mereka sebagai pelajar termasuklah penghuni penjara.
"Pada masa ini, kelayakan akademik juga amat penting dalam menentukan kerjaya masing-masing. Dengan berbekalkan kelayakan akademik, peluang untuk mendapatkan kerjaya yang lebih baik akan menjadi lebih cerah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata, pihaknya amat berbesar hati dalam membantu dan memberi peluang serta akses pendidikan kepada golongan banduan yang ingin menyambung pelajaran mereka di universiti berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Izanee berkata, keterbukaan OUM untuk menerima banduan sebagai penuntut universiti itu bukan sahaja memberi manfaat dan harapan baharu kepada banduan tetapi turut memberi imej baik kepada Jabatan Penjara Malaysia sebagai institusi kerajaan prihatin.
Beliau berkata, ia juga selari dengan tema sambutan Hari Penjara pada tahun ini iaitu "Reformasi Ke Arah Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan".
"Kemahiran dan pendidikan juga mampu mengurangkan stigma masyarakat terhadap banduan seterusnya memberi peluang kedua kepada mereka untuk diterima semula dalam komuniti apabila dibebaskan kelak," katanya.
Mengenai peluang kerjaya kepada banduan yang mengikuti pengajian di universiti berkenaan, Ahmad Izanee berkata, pihak universiti sememangnya ingin memainkan peranan dalam usaha memberikan peluang kedua kepada golongan itu terutama dalam kalangan alumni sendiri.
"Untuk merealisasikan hasrat ini, banyak faktor dan ketetapan perlu dipatuhi dan jika segala faktor dan ketetapan dapat dipenuhi, kami berharap ia akan menjadi kenyataan. Jika mereka memenuhi syarat yang ditetapkan, OUM akan menilai permohonan mereka sama seperti calon pekerja yang lain," katanya.
Selain itu, beliau turut menjelaskan, OUM bukan satu-satunya universiti yang menawarkan pengajian kepada banduan kerana terdapat beberapa institut pengajian tinggi lain turut berbuat demikian, namun, OUM adalah pelopor.
"Kebanyakan banduan memilih OUM sebagai universiti pilihan, mungkin kerana kaedah pembelajaran secara dalam talian yang lebih fleksibel dan sesuai dengan keadaan mereka yang terikat dengan peraturan penjara," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023
Open University Malaysia (OUM) sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memohon dan menyambung pengajian di universiti itu tanpa mengira latar belakang termasuk banduan.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Graduan dari tirai besi
Keinginan untuk menyambung pengajian tidak pernah luntur dalam meskipun perlu menghabiskan hampir keseluruhan usia muda di sebalik tirai besi.
Sesiapa sahaja boleh mohon jadi pelajar OUM termasuk banduan - NC
OUM terima sesiapa sahaja yang memiliki kesungguhan dalam menimba ilmu ke tahap lebih tinggi dan tekad untuk berubah menjadi insan lebih baik.
Pelakon Fauziah Nawi dapat ijazah sarjana
Dramatis terkenal, Fauziah Nawi, 65, menerima segulung ijazah sarjana daripada institusi Open University Malaysia, pada Ahad.