awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setahun mentadbir Melaka: 60 inisiatif sentuhan rakyat berjaya dilaksanakan

Bernama
Bernama
05/04/2024
20:06 MYT
Setahun mentadbir Melaka: 60 inisiatif sentuhan rakyat berjaya dilaksanakan
Ab Rauf, 64, yang juga ADUN Tanjung Bidara dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada 31 Mac tahun lalu. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Sebanyak 60 inisiatif sentuhan rakyat berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh setahun pentadbiran kerajaan negeri dalam usaha membangunkan Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama dengan pelbagai pihak terutama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Exco dan timbalan Exco yang dipilihnya genap setahun lalu malah mengganggap mereka adalah pemangkin kepada kejayaannya dalam memimpin dan membangunkan Melaka.
"Saya menzahirkan penghargaan kepada semua ADUN, Exco dan Timbalan Exco yang telah menyumbang merealisasikan inspirasi yang saya ilhamkan untuk memajukan Melaka.
"Saya serahkan kepada rakyat untuk mengukur dan menilai pencapaian pentadbiran ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat sempena Majlis Mensyukuri Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini semalam.
Mengulas mengenai prestasi penjawat awam di bawah pentadbirannya, katanya beliau mahu mereka lebih efisien dalam menyelami dasar-dasar yang dilakukannya.
"Nilai tambah utama yang diberi penekanan adalah aspek menyelesaikan masalah rakyat kerana kita tidak mahu lagi mengambil masa yang lama dan kalau boleh semua pegawai kerajaan di kaunter perkhidmatan atau urusan-urusan pentadbiran diselesaikan dalam tempoh dua minggu," katanya.
Jelasnya memandangkan kerajaan negeri mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) yang diukur pada setiap tahun, ia menjadi satu tambah nilai yang boleh memberi pulangan terbaik kepada agensi itu sendiri dan memberi keharmonian serta kelestarian kepada rakyat.
Ab Rauf, 64, yang juga ADUN Tanjung Bidara dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada 31 Mac tahun lalu
Terdahulu pada majlis tersebut, Ab Rauf mengumumkan sebanyak 60 inisiatif yang berjaya dilaksanakan untuk rakyat sepanjang tempoh setahun pentadbiran kerajaan negeri Melaka yang merangkumi pelbagai sektor antaranya pelancongan, pelaburan, perindustrian dan sosioekonomi rakyat.
Beliau turut mengumumkan beberapa insentif khas sempena Aidilfitri termasuk parkir percuma bermula 10 hingga 16 April ini melibatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan implikasi kewangan berjumlah RM457,000.
"Kita juga akan mengurangkan kadar kompaun letak kereta bagi pengeluaran kompaun 2020 sehingga 2023 dalam tempoh pembayaran 6 hingga 30 April ini dengan implikasi kewangan berjumlah RM4.24 juta serta menangguhkan aktiviti pemotongan bekalan air oleh Syarikat Air Melaka Berhad hingga 23 April ini.
"ini melibatkan 102, 686 akaun berdaftar dengan jumlah tunggakan bil air mencecah RM6 juta,' katanya.
Katanya insentif Aidilfitri itu juga melibatkan penutupan awal kawasan Zon Bebas Kenderaan bermula 5 hingga 14 April ini serta mencadangkan tambahan sehari cuti umum sempena hari raya daripada dua hari kepada tiga hari bermula tahun depan, menggantikan cuti umum 1 Ramadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#Ab Rauf Yusoh
#setahun pentadbiran Melaka
#inisiatif sentuhan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan