awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas

Bernama
Bernama
22/11/2024
11:30 MYT
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam (tengah) mengunjungi jejantas udara Menara Berkembar Petronas ketika mengadakan lawatan ke Menara itu hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Delegasi yang diketuai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam disambut oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Beliau tiba di bangunan berkenaan pada 3.15 petang dan kemudian menghadiri sesi taklimat korporat bertujuan untuk memberi pengenalan tentang syarikat itu serta operasi yang dijalankan.
Dalam masa yang sama, Lam turut mengambil peluang mengunjungi jejantas udara (sky bridge) dan dek tinjauan (observatry deck) yang menjadi tarikan pelancong di menara itu.
Semalam, Lam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) antara Petronas dan PETROVIETNAM dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.
Beliau bersama delegasinya tiba di sini semalam untuk lawatan kerja selama tiga hari.
Ini merupakan lawatan pertama Lam ke Malaysia sejak dilantik sebagai Ketua Parti Komunis Vietnam pada Ogos tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam
#To Lam
#lawat Petronas
#Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan