awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Wanita DAP Selangor, aktivis didakwa merusuh

Bernama
Bernama
26/08/2021
10:08 MYT
Setiausaha Wanita DAP Selangor, aktivis didakwa merusuh
Nalina Nair, 32, dan pelajar Doktor Falsafah (PhD), Sujatra Jayarah, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Tawfiq Affandi Chin dan Wong Chai Sia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Setiausaha Wanita DAP Selangor Nalina Nair Rama Krishnan dan seorang aktivis didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merusuh dan berkelakuan tidak senonoh di sebuah balai polis di sini, minggu lepas.
Nalina Nair, 32, dan pelajar Doktor Falsafah (PhD), Sujatra Jayarah, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Tawfiq Affandi Chin dan Wong Chai Sia.
Mereka masing-masing dituduh telah merusuh, berkelakuan tidak senonoh atau mengaibkan di lobi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pada 9 malam, 19 Ogos lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 94 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal dan Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar masing-masing menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Peguam Farida Mohammad dan V. Yoges, yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guam mereka banyak terlibat dalam kerja amal selain tiada risiko untuk melarikan diri.
Yoges berkata Sujatra adalah pelajar PhD sepenuh masa dan tidak mempunyai pendapatan.
Mahkamah membenarkan Nalina Nair diikat jamin RM5,000 manakala Sujatra diikat jamin RM2,000, masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Okt depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP Selangor
#Nalina Nair Rama Krishnan
#merusuh
#tidak senonoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan